apakah terjemahan "outstanding amount" dalam bahasa malaysia. Outstanding amount yang dimaksudkan adalah merangkumi bayaran/ansuran terdahulu yang mungkir dibayar dan bayaran semasa yang masih belum dibayar. Bagi menceritakan dua keadaan tersebut, adakah terjemahan "outstanding amaun" adalah "amaun tertunggak"?. Terima kasih. | Padanan outstanding amount ialah amaun berbaki. | Tatabahasa | 24.05.2012 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya adakah perkataan "prinsipal" boleh merujuk kepada amaun pokok (principal amount, principal balance dsb.)? Ini kerana saya dapati carian PRPM menyatakan "prinsipal" merujuk kepada individu tetapi carian Khidmat Nasihat dan penggunaan di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my/index.php?lang=bm&ch=bm_financialconsumeralert) menunjukkan yang "prinsipal" boleh merujuk kepada amaun pokok. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud prinsipal ialah orang (peniaga dan lain-lain) yang melantik ejen dlm perniagaan manakala menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud principal ialah pengetua, prinsipal, wang pokok, kasau jantan, pelakon utama atau penari utama. Setiap istilah sumber memberikan padanan yang berlainan mengikut sesuatu bidang dan mengkit konteks ayat. | Makna | 29.07.2019 |
at the moment, at this amount | pada masa itu, pada amaun ini | Lain-lain | 23.02.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih. | Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih. Dalam istilah perniagaan istilah 'turnover' diberi padanan 'pusing ganti' yang dihuraikan sebagai 'amaun urus niaga perniagaan bagi sesuatu tempoh masa, seperti sejam, sehari sebulan dan sebagainya. Terdapat istilah 'labour turnover' yang diberi padanan ' pusing ganti buruh' yang dihuraikan sebagai 'aliran keluar masuk pekerja dalam sesuatu organisasi dalam tempoh tertentu'. | Istilah | 29.05.2013 |