Mana satu simpulan bahasa yang paling tepat untuk ayat ini; Jenny....... apabila dia gagal mengekalkan jawatan presiden yang disandangnya sebelum ini. A. Ambil hati B. Putih mata | Jawapan yang tepat ialah : Jenny putih mata apabila dia gagal mengekalkan jawatan presiden yang disandangnya sebelum ini. A. Ambil hati B. Putih mata | Tatabahasa | 28.01.2015 |
Dalam percakapan seharian, terdapat ungkapan " saya tak kesah" (e taring), yang bermaksud "saya tak ambil hati". tetapi saya tidak dapat mencari ejaan yang betul bagi "kesah" dalam kamus. Saya telah merujuk kepada entri "kisah" dan "kesah" tetapi kedua-dua entri tidak menunjukkan maksud berkenaan. Apakah ejaan sebenar bagi perkataan ini? | Ejaan yang betul bagi bahasa percakapan tersebut ialah "saya tidak kisah" (tetapi disebut kesah). Walau bagaimanapun tidak ada data dalam sumber rujukan kami tentang ungkapan berkenaan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
Mohd Irfan Sep 2nd, 12:26pm IKLAN DI HADAPAN CENTRAL MARKET CENTRAL MARKET TULISAN CINA SINCE 1888 mohon DBP ambil tindakan dan war2 kan apakah tindakan DBP tersebut sangat sakit hati melihat ini berlaku di Ibu Negara Malaysia | Terima kasih atas aduan pihak tuan. Pihak kami telah menghantar surat teguran kepada DBKL dan DBKL maklum akan aduan tersebut dan akan mengambil tindakan secepat mungkin. Terima kasih. | Lain-lain | 02.09.2015 |
Terima kasih kerana memberikan jawapan yang cepat untuk soalan saya sebelum ini. Saya amat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Berikut ialah soalan-soalan baru daripada saya. Sekali lagi, saya mohon maaf kerana ketika ini saya sebarang buku yang boleh dijadikan rujukan. Sila ambil masa yang yang perlu kerana saya tidaklah tergesa-gesa. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan kingdom ialah kerajaan, alam atau dunia. Penggunaan padanan ini bergantung pada maksud atau konteks penggunaannya. Bagi menjawab soalan saudara tentang penggunaan perkataan ini bagi negara Rusia dan Jerman saudara boleh membuat rujukan dalam buku atau makalah tentang sejarah negara-negara tersebut untuk mendapatkan istilah sebenar yang digunakan. Tentang ejaan nama-nama tempat di luar negara hanya nama yang sudah biasa digunakan dieja dalam bahasa Melayu seperti Jepun, Rusia, Perancis. Selain itu tetap dieja seperti ejaan dalam bahasa Inggeris. Saudara boleh merujuk pihak Wisma Putra untuk maklumat lanjut. Kata ganti nama ia boleh digunakan. Perkataan Perdana Menteri tidak menjadi menteri perdana kerana penggunaan ini merupakan kecualian peraturan D-M. iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contoh lain ialah timbalan menteri, naib presiden, ibu pejabat dan pembantu penyelidik. | Lain-lain | 04.07.2008 |
Tuan, Puan, Saya ingin memohon Jasa baik pihak Tuan,Puan untuk memperbetulkan tafsiran perkataan "Tambi" dimana tafsiranya meggunakan perkataan keling. Perkara ini telah guris hati saya Dan masyarakat Tamil Di Malaysia. Pembetulan: Orang Keling ditukar kepada "masyarakat Tamil" | Kami ambil maklum saranan tuan. Penambahbaikan takrif perkataan "tambi" akan diberikan perhatian dalam pengemaskinian dan penyusunan semula Kamus Pelajar Edisi Ketiga yang sedang dijalankan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk kenyataan rasmi DBP melalui pautan ini: https://www.facebook.com/109573169113660/posts/5151674491570144/?d=n | Istilah | 22.03.2021 |
Apakah perbezaan istilah 'sifat' dan 'sikap'? | Sikap bererti perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakinan dll): Bagaimana sikap mereka terhadap Ketua Pengarah ini? Sifat pula semula jadi : Sifat kewanitaan Jamilah menawan hati saya. Adakalanya kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam konteks yang sama: Sikap/sifat suka ambil tahu Maria disenangi oleh kawan-kawannya. | Tatabahasa | 03.03.2015 |
Salam sejahtera, Mohon perhatian pihak tuan terhadap perkara berikut bagi penambahbaikan. Senarai maksud kata tidak dipaparkan dengan lengkap di bahagian tab pilihan maksud (maksud ke-4) tetapi ia tersenarai di bahagian bawah. Sila rujuk tangkap layar yang saya sertakan. Saya sangat berbesar hati sekiranya penambahbaikan dapat dibuat dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna lawang sesawang PRPM. Komitmen masa dan tenaga pihak tuan dalam menyelesaikan hal ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Salam hormat. | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 07.06.2024 |
apakah perbezaan antara sikap dengan sifat? boleh ke kedua2nya digunakan dalam konteks yang sama? | Sikap bererti perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakinan dll): Bagaimana sikap mereka terhadap Ketua Pengarah ini? Sifat pula semula jadi : Sifat kewanitaan Jamilah menawan hati saya. Adakalanya kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam konteks yang sama: Sikap/sifat suka ambil tahu Maria disenangi oleh kawan-kawannya. | Istilah | 25.04.2011 |