Mohd Irfan Sep 2nd, 12:26pm IKLAN DI HADAPAN CENTRAL MARKET CENTRAL MARKET TULISAN CINA SINCE 1888 mohon DBP ambil tindakan dan war2 kan apakah tindakan DBP tersebut sangat sakit hati melihat ini berlaku di Ibu Negara Malaysia | Terima kasih atas aduan pihak tuan. Pihak kami telah menghantar surat teguran kepada DBKL dan DBKL maklum akan aduan tersebut dan akan mengambil tindakan secepat mungkin. Terima kasih. | Lain-lain | 02.09.2015 |
Cikgu, kata kerja dalam ayat larangan juga harus diimbuhkan dengan akhiran -kan atau menggunakan kata dasar? Contoh: 1. Jangan main di sini atau Jangan bermain di sini 2. Usah pedulikan dia atau Usah peduli dia | Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 450, contoh ayat larangan: (a) Jangan ambil harta orang. (b) Kamu jangan beritahu dia. (c) Usah kaupedulikan dia. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
Apa itu wargamas!!!! Ibu saya yang berumur 66 tahun terpaksa tunggu di Hospital Sultana Aminah Johor bahru bahagian (PEASAKI LUAR) selama 3 jam untuk ambil ubat.. Selepas mendapat nasihat doctor, lalu saya tumpang tanya dengan doctor "Ibu saya berumur 66 tahun, dia di category kan wargamas. Kenapa dia perlu tunggu sampai 3 jam" Doctor bercakap " NO WARGAMAS DI DISI CONSIDER 70 YEARS AND ABOVE" Adakah ini betul!!! Every state got different age for WARGAMAS... Help me to find-out.. Is't true!!!! Adakah ini benar.. | Warga emas ialah ungkapan yang sopan yang bermaksud orang tua. Walau bagaimanapun, had umur warga emas tersebut bergantung pada pihak tertentu termasuk hospital untuk mengklasifikasikannya. Saudara boleh juga menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan maklumat dari segi umur warga emas. | Lain-lain | 13.06.2012 |
Ramo Omran Sep 3rd, 8:08pm kebanyakan setesen radio tempatan bebas x amalkan budaya daulatan bahasa melayu . contoh siaran lagu Inggeris cecah 50%. kadang menyedihkan. contoh : ultra, thr...suria..tolong pekenalkan lagu2 melayu kepada penghuni negara ini. kan dah ada siaran bahasa Inggeris, tamil, mandrin,......bahasa melayunya diNodanya. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Untuk makluman, kandungan siaran radio termaktub di bawah peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). DBP sentiasa bekerjasama dengan SKMM demi menambah baik mutu siaran radio tempatan dalam lingkungan undang-undang/peraturan yang berkuat kuasa. | Lain-lain | 03.09.2015 |
1) Apakah maksud perkataan “mendapatkan”, "pemerdapatan", "memperdapatkan" dan "diperdapatkan"? 2) Apakah perbezaan penggunaan perkataan "mendapatkan" dan "memperdapatkan"? Adakah perkataan "memperdapatkan" boleh diikuti dengan imbuhan -kan? 3) Adakah penggunaan perkataan "mendapatkan" "memperdapatkan", "pemerdapatan" dan "diperdapatkan" dalam ayat di bawah betul dari segi tatabahasa? Mendapatkan: "Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri."/ "Power to raise external loan" Memperdapatkan: "Kuasa untuk memperdapatkan pinjaman luar negeri."/ "Power to raise external loan" Pemerdapatan: "Peruntukan yang mengawal selia pemerdapatan pinjaman luar negeri." / "Provisions regulating the raising of external loans" Diperdapatkan: "bagi pembayaran balik atau pelunasan pinjaman yang diperdapatkan di luar Malaysia." / "for the repayment or amortization of loans raised outside Malaysia." Terima kasih atas bantuan Tuan/Puan. | 1. Untuk mencari maksud perkataan, tuan boleh memanfaatkan PRPM dan ambil data Kamus Dewan/Kamus Pelajar. Contoh: mendapatkan bermaksud berusaha untuk memperoleh sesuatu. Tiada kata terbitan bagi pemerdapatan, memperdapatkan dan diperdapatkan. 2. Untuk melihat kata terbitan yang ada tuan boleh merujuk PRPM dan menulis perkataan berkenaan pada ruangan CARIAN. Apabila melihat makna satu demi satu kata terbitan yang ada, tuan akan dapat lihat perbezaan perkataan berkenaan. 3. Ayat yang betul ialah Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri.
| Makna | 01.07.2021 |
Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga | Makna | 01.07.2009 |
Assalamualaikum & selamat pagi, Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih. | 1. Membezakan kata tunggal dengan kata dasar satu langkah yang menyulitkan kefahaman sebab kata tunggal ada juga bentuk dasarnya. 2. Terdapat empat jenis/bentuk kata: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Keempat-empat jenis/bentuk kata ini ada kata atau bentuk dasarnya. 3. Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat, buku*. 4. Kata dasar ialah kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan. Kata tunggal *buku* boleh menerima imbuhan akhiran *-kan* lalu terbentuk *bukukan*. 5. Jelas, kata tunggal boleh berdiri sendiri tanpa imbuhan. Bentuknya sama ada satu suku kata (misalnya bab) atau lebih. 6. Konsep kata dasar timbul apabila pengguna bahasa mahu menganalisis makna kata terbitan, misalnya *nyanyikan* dapat dicerakinkan kepada kata dasar *nyanyi* dengan imbuhan akhiran kata kerja *-kan*. Secara analoginya: Membandingkan kata tunggal dengan kata dasar seperti membandingkan kereta dengan stereng. Sepatutnya kita membandingkan kereta A dengan kereta B dan sebagainya. | Tatabahasa | 16.01.2018 |
Salam 1.Mohon pihak tuan untuk jelaskan ayat perintah & contohnya. 2.Saya keliru dengan kata dasar yang menerima Imbuhan apitan .. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan --menaikkan --kebanyakkan ---masukkan ---masukkan (Bagaimanakah mengetahui ejaan itu ada 1 K atau 2 K ? Terima kasih. | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut. 1. AYAT SURUHAN Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan. Contohnya: Pergi kamu dari rumah ini! 2. AYAT LARANGAN Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contohnya: Jangan ambil harta orang. 3. AYAT SILAAN Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila hantar jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut: Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat. 4. AYAT PERMINTAAN Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Minta kamu semua bertenang. Cara untuk mengetahui sama ada perkataan tersebut 1 k atau 2 k ialah: Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an. | Tatabahasa | 08.03.2016 |