Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana satu betul? 1. mengambilkira/mengambil kira 2. ambil kira/ ambilkira 3. tingkahlaku/tingkah laku 4. selok-belok/selok belok 5. vandalisme/vandalisma 6. bersangkut-paut/bersangkut pautEjaan yang betul ialah (1) mengambil kira; (2) ambil kira; (3) tingkah laku; (4) selok-belok; (5) vandalisme; (6) bersangkut paut.Ejaan22.08.2014
1. suku kata bagi kutipan bukankah [ku.tip.an]? kata dasar kutip, an itu imbuhan. tapi dalam kamus dewan online tunjuk [ku.ti.pan]. Kita ambil kira imbuhan/bacaan dalam konteks suku kata? suku kata bagi mengutip pula ialah [me.ngu.tip] sebab k telah bertukar menjadi ng,betul? 2. keluarga merupakan perkataan yang ada vokal berganding, ingatkan suku kata ialah [ke.lu.ar.ga]. Tapi kamus dewan online tunjuk [ke.luar.ga]. Macam mana ya? 3. Sering kali kami dengar orang sebut [ba.u]. Adakah [ba.u]vokal berganding ataupun [bau]diftong sama dengan [ker.bau]? Kamus Dewan Online menunjukkan [bau]. Terima kasih atas masa dan usaha tuan.Pola suku kata ialah pemenggalan perkataan mengikut suku kata. Contoh ku.tip.an/ke.lu.ar.ga/ker.bau/ba.u. Manakala untuk sebutan pula ialah [ku.ti.pan], [ke.luar.ga], [ker.bau], [bau]Tatabahasa19.08.2021
Boleh saya tahu jika DBP ada rancangan untuk menerbitkan Tatabahasa Dewan Edisi Keempat? Mungkin ada penghuraian dan contoh baharu (lagi-lagi tentang kata adverba) yang ditemukan DBP dalam Korpus Bahasa Melayu semasa penyusunan Kamus Dewan Perdana.Salam sejahtera,

Buat masa ini pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) masih belum ada perancangan untuk menerbitkan Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. Cadangan tersebut baik dan akan ambil kira semasa membuat penambahan dalam penulisan buku edisi keempat nanti.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diemelkan kepada: Puan Normala binti Mohamad Yusof melalui alamat e-mel: normala@dbp.gov.my

 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain11.11.2020
tuan, syarikat itu telah diambil kira oleh sebuah syarikat antarabangsa. (diambil kira wajar digantikan dengan kata apa? tq)Perkataan yang sesuai ialah ambil alih. (Syarikat itu telah diambil alih oleh sebuah syarikat antarabangsa.)Istilah09.08.2011
Salam sejahtera, Bahasa itu terpelihara keaslianan dan ketulenannya kerana mendapat sokongan daripada kerajaan, bangsawan dan rakyat mereka yang sangat mencintai bahasa mereka. Jadi, siapa yang hendak menjaga keaslian bahasa kita melainkan masyarakat kita sendiri dan keturunan kita dapat menjadi bangga dan kagum dengan hasil nenek moyang mereka. serta pada pendapat saya istilah "ilmu hisab" dan "ilmu kira-kira" lebih bergaya dan menunjukkan keaslian bahasa Melayu. Siapa lagi hendak menggunakan istilah-istilah lama itu melainkan bahasa kita sendiri. Walaupun istilah-istilah itu lapuk sekurang-kurangnya keaslian bahasa kita dapat dikekalkan dan dijaga dengan baik melalui penggunaan istilah-istilah lapuk itu seseorang dapat mengenal bangsa dan budaya kita. Kita perlu ingat ean sedar bahawa bahasa Inggeris dan eropah adalah bahasa penjajah. Perlukah kita membesarkan bahasa mereka dengan meminjam istilah dan kosa kata mereka? itu tidak perlu, kerana bahasa kita kaya dengan istilah dan kosa kata. Kita boleh menciptakan istilah kita sendiri dan tidak perlu berhutang dengan meminjam istilah dan kosa kata bahasa lain. Ada baik jikalau kita dan masyarakat kita mengamalkan sikap yang sama seperti sikap pejuang bahasa Cina dan Thai. Bahasa-bahasa itu terpelihara keaslianannya kerana mendapat sokongan daripada kerajaan, bangsawan dan rakyat mereka yang sangat mencintai bahasa mereka.Kami ambil maklum pandangan tuan. Kami juga bersetuju iltizam politik juga amat diharapkan dalam memberi makna kepada kesungguhan kita memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang telah diangkat dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sewajarnya mendapat tempat tersendiri dalam kalangan rakyat.Lain-lain15.11.2015
Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. jawapan ini seolah-olah tiada usaha daripada pihak DBP-perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini.Terima kasih atas sokongan pihak tuan.Lain-lain14.09.2017
salam tuan, bilakah pengambilan munsyi dewan 2017 akan diiklankan?, mohonlah pihak DBP usahakan mencari penaja/peruntukan bagi pengambilan munsyi dewan 2017. Tidak perlulah pemohon/calon mengeluarkan kos. selayaknya munsyi dewan dihargai kerana memperjuangkan bahasa melayu.Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini.Lain-lain12.09.2017
Salam sejahtera, sekali lagi saya ingin luahkan pendapat saya mengenai bahasa Melayu sekarang. Masalah penggunaan bahasa Melayu itu saya kira bermula dari pihak yang lebih berkuasa dalam menguruskan sesuatu bahasa itu. Seperti contoh istilah "mata-mata" (yang dahulunya bermaksud "polis"). Jikalau pihak DBP dan pakar bahasa Melayu menggunakan kembali istilah-istilah lapuk dan lama itu pasti masyarakat menggunakannya kerana tidak dapat tidak mereka harus menggunakan bahasa surat dalam hal keperluan atau urusan rasmi seperti mesyuarat, penyampaian berita dan sebagainya. Istilah dan kosa kata lapuk itulah yang sebenarnya mencerminkan jati diri sesuatu bangsa itu dan tiada guna kita meminjam sesuatu yang kita sudah ada seperti istilah "mata-mata" untuk "polis" yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Istilah kita adalah hak kita untuk memberi maksud terhadap istilah itu. Saya berharap agar pihak DBP dan pakar bahasa Melayu dapat mempertimbangkan segala pendapat dan pandangan saya untuk kemajuan, kelestarian dan keaslian bahasa Melayu.Kami ambil maklum pandangan tuan dan akan memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan pihak yang berwenang seperti pengamal media. Ada juga kecenderungan pihak tertentu untuk menggunakan kembali istilah yang pernah popular suatu ketika dahulu, seperti penggunaan perkataan "danau" bagi merujuk pembangunan perumahan di Putrajaya.Lain-lain16.11.2015

Kembali ke atas