Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. jawapan ini seolah-olah tiada usaha daripada pihak DBP-perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. | Terima kasih atas sokongan pihak tuan. | Lain-lain | 14.09.2017 |
aduan prpm | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 06.01.2025 |
Fail dilampirkan. | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 03.11.2024 |
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ambil maklum bahawa menurut PRPM, maksud intrapreneurship ialah "usaha sama" yang yang merujuk kepada "proses penginovasian dalam organisasi yang sedia ada" manakala joint venture pula bermaksud "usaha sama" (bidang pengurusan) yang merujuk kepada "salah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Soalan saya, bagaimana jika kedua-dua perkataan 'intrapreneurship' dan 'joint-venture' berada sama satu ayat yang sama? Bagaimanakah kita boleh menterjemahkan kedua-kedua istilah tersebut? Jika boleh saya memberi cadangan, bolehkah saya cadangkan untuk istilah 'intrapreneurship' itu diterjemahkan sebagai 'pengkaryawan perusahaan', kerana pada hemat saya istilah ini merujuk kepada proses penginovasian tersebut yang dilakukan dalam organisasi/perusahaan yang sedia ada. Terima kasih. | Waalaikumussalam puan ... Jika puan mempunyai pendapat atau cadangan untuk memberikan terjemahan bagi perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Mohon puan membuat permohonan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/ agar pihak kami boleh meniliti terlebih dahulu padanan yang diberikan. Keprihatinan puan terhadap perkara ini, amat kami hargai. Sekian terima kasih | Makna | 10.09.2022 |
tak boleh hantar soalan | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.12.2024 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ambil maklum yang istilah "due diligence" diterjemahkan sebagai "usaha wajar". Lanjutan daripada itu, saya ingin mohon pencerahan, adakah "customer due diligence" diterjemahkan sebagai "usaha wajar atas pelanggan" atau "usaha wajar pelanggan"? Bagaimana pula dengan "enhanced due diligence" dan "ongoing due diligence"? Adakah terjemahan yang betul ialah "usaha wajar dipertingkat atas pelanggan" dan "usaha wajar berterusan atas pelanggan"? Saya ada menemui penggunaan "uji tundas" sebagai terjemahan istilah "due diligence"; adakah terjemahan ini wujud dan betul? Terima kasih. | Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: customer due diligence - kaedah penilaian pelanggan enhanced due diligence - kaedah penilaian dipertingkat ongoing due diligence - kaedah penilaian berterusan Untuk makluman, istilah "uji tundas" tiada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah di atas juga bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 07.06.2021 |
Zainuddin Ahmad THU 6:28PM Saya ambil maklum. Butiran lanjut aduan sama telah dikirim secara rasmi kepada Pengarah DBP melalu email: lindasafa@dbp.gov.my hari ini. Ptg ini seorang pegawai dpd KPDNKK Shah Alam telah menghubungi saya melalui talipon tetapi malangnya lemah penjelasannya; bagaikan ribut sudah melanda kelmarin dan hari ini maka terbagunlah dia daripada tidor lena. Fahaman saya KPDNKK mempunyai tanggun jawab emas membertabatkan penggunaan Bahasa Melayu khususnya di pasaraya. Saya lebih minat untuk mempastikan ada dasar penggunaan Bahasa Melayu di pasaraya dan diperkemas dan diperkukuhkan lagi. Saya bincang lagi selepas DBP merumuskan isu ini kemudian. Terima kasih, | Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesedaran dan jati diri dan warganegara adalah sesuatu yang amat bernilai dan kami berharap kesedaran yang nampak kecil ini memberikan impak yang sangat bermakna. DBP telah melakukan pemantauan di lokasi tersebut dan pihak pengurusan pasar raya tersebut telah memaklumkan bahawa pihak KPDNKK Shah Alam telah ke lokasi. DBP akan menghantar surat teguran kepada pasar raya tersebut kerana tidak mengggunakan bahasa kebangsaan dalam paparan dan peragaan serta memohon supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam sebarang paparan atau maklumat kepada masyarakat. | Lain-lain | 25.08.2016 |
Apa perbezaan "merubah" dan "mengubah". Sila ambil maklum saya ingin mengadakan sebuah pertandingan mencipta blog berdasarkan tema "Broadband Merubah Hidup Saya". | Kata 'merubah' daripada kata dasar 'rubah' yang bermaksud mengubah. Kata 'mengubah' adalah kata terbitan 'ubah'. | Makna | 22.10.2009 |
Soalan dalam lampiran fail. | Pihak kami ambil maklum atas apa yang tuan sampaikan. Jawapan yang betul ialah "kurang daripada" kerana perkataan "daripada" dalam konteks pertanyaan tuan menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contoh: Harga kain itu kurang daripada harga biasa. | Tatabahasa | 30.03.2019 |
Engine carian kata mengalami error | Aduan tuan kami ambil maklum dan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 15.04.2018 |