| Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan yang ingin dikemukakan: 1. saya terjumpa perkataan 'ambisius' dalam sebuah teks. saya cari makna 'ambisius' dalam kamus, tapi tiada. apakah makna 'ambisius' yang sebenarnya? adakah sama seperti ambitious? 2. jari-jemariku ATAU jari jemariku 3. asal-usulnya ATAU asal usulnya sekian, terima kasih. | 1. Perkataan ambisius tidak ada dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami perkataan ambisius ini diambil daripada perkataan bahasa Inggeris ambitious tetapi padanan dalam bahasa Melayunya ialah bercita-cita atau mempunyai cita-cita. 2. Ejaan yang betul ialah jari-jemariku dan asal usulnya. | Tatabahasa | 20.07.2011 |