Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.bu.lans] | امبولن‌‌س

Definisi : kenderaan yg digunakan khas utk membawa orang sakit atau cedera (ke hospital). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.bu.lans] | امبولن‌‌س

Definisi : kenderaan (van) utk membawa orang sakit atau orang yg cedera ke atau dr hospital. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambulans


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betul atau salah? 1. keluar rumah 2. keluar dari rumah 3. mengemas katil 4. mengemaskan katil 5. peti kecemasan 6. peti pertolongan cemas 7. ambulans 8. kereta ambulans 9. Adik menangis kerana sakit. 10. Adik menangis kerena dia sakit. 11. terjaga dari tidur. 12. terjaga daripada tidur 13. mengeluarkan wang dari dompet 14 mengeluarkan wang daripada dompet 15. terjaga dari tidur 16 terjaga daripada tidur 17. Dia ada hanya sebatang pen. 18. Dia hanya ada sebatang pen. 19. Tiada sesiapa yang datang menolongnya. 20. Tiada sesiapa pun yang datang menolongnya. 21. Tanam-tanaman dihanyutkan air. 22. Tanam-tanaman dihanyutkan oleh air. 23. menggantung belon 24. menggantungkan belon Saya difahamkan bagi benda abstrak, kita tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Mengapakah saya masih nampak frasa seperti sebuah lagu? Apakah penjodoh bilangan bagi lagu, cerita, tin dan negeri?

Ayat yang betul ialah ayat no. 2, 4, 6, 7, 9, 12, 14, 16, 18, 19 & 20, 21, 24.  Penjodoh bilangan dengan kata nama abstrak sangat terbatas penggunaannya. Selama ini hanya terdapat dua penjodoh bilangan sahaja yang digunakan dalam konteks berkenaan, iaitu patah untuk perkataan dan buah untuk cerita, puisi, negara, masyarakat, parti politik, persatuan dsbnya. 

Tatabahasa25.10.2010

Kembali ke atas