Salam DBP. Saya ingin bertanya terjemahan terbaik untuk "these among the things that we must have faith in." Bolehkah perkataan "diimani" digunakan sebagai terjemahan "faith in" dalam konteks rukun iman? Terima kasih, DBP | Perkataan "diimani" boleh digunakan sebagai terjemahan "faith in". | Penyemakan dan penterjemahan | 06.10.2015 |
Assalamualaikum, Nak buat pertanyaan berkenaan perkataan Aggregator. Contohnya: Best dynamics of development among taxi aggregator franchises | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "aggregator" dalam konteks ayat yang dinyatakan ialah pusat pengumpulan atau perantara. | Makna | 18.03.2021 |
Saya ingin bertanyakan terjemahan yang sesuai bagi perkataan engagement di dalam frasa "career engagement among students" memandangkan pelajar-pelajar belum melibatkan diri dalam kerjaya. Saya inginkan kepastian bagi tujuan penulisan tesis dan berharap pihak DBP dapat memberikan cadangan bagi tujuan penambahbaikan. Terima kasih. | Mohon tuan/puan berikan penggunaan career engagement dalam contoh ayat yang lengkap supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Padanan yang sesuai juga bergantung pada ayat yang sebelum dan selepas ayat yang mengandungi frasa tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2018 |
The human body consists of a variety of tissues and cavities with different physical and radiological properties. Most important among these, from a radi- ation dosimetry perspective, are tissues and cavities that are radiologically dif- ferent from water, including lungs, oral cavities, teeth, nasal passages, sinuses, and bones. The dose distribution is affected by these ''tissue inhomogeneities.'' Saya sedang menjalankan projek penyelidikan, apakah perkataan yang paling sesuai dalam bahasa untuk 'TISSUE INHOMOGENEITIES'? Saya berpendapat perkataan yang sesuai adalah tisu inhomogenus? Adakah betul penggunaaannya? T.kasih. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk Tissue Inhomogeneities. Walau bagaimanapun, istilah homogeneous mempunyai padanan bahasa Melayu seperti homogen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Tissue Inhomogeneities ialah tisu tak homogen paling sesuai digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.12.2015 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk "trade union density" dan "union busting"? Contoh ayat seperti berikut: 1. The decline in trade union density among these workers shows that a large proportion of them are in the private sector. 2. Union busting is a range of activities undertaken to disrupt or prevent the formation of trade unions. | Perkataan trade union density boleh diterjemahkan kepada kadar keahlian kesatuan pekerja atau kekuatan kesatuan pekerja dan union busting boleh diterjemahkan kepada mengurangkan kuasa atau memusnahkan kuasa kesatuan pekerja. Walau bagaimanpun cadangan ini perlu disesuaikan dengan konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2018 |
Boleh saya mendapatkan terjemahan bagi perenggan berikut? "By 2030, ensure that all learners acquire the knowledge and skills needed to promote sustainable development, including, among others, through education for sustainable development and sustainable lifestyles, human rights, gender equality, promotion of a culture of peace and non-violence, global citizenship and appreciation of cultural diversity and of culture’s contribution to sustainable development." | Untuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.02.2017 |
'Sulang' ditakrifkan sebagai 'saling memberikan minuman/makanan' dalam laman web DBP. Boleh berikan takrifan yang lebih terperinci? Adakah ia bermaksud 'drinking/eating with arms crossing among two people'? | Kami hanya boleh memberikan takrifan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu saling memberikan minuman (makanan dan lain-lain). Pihak kami tidak mempunyai takrifan yang lebih terperinci mengenai perkataan ini. | Makna | 03.09.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana perkataan "address" dalam konteks ayat berikut dapat diterjemahkan dengan tepat: I chose these variables because alternative conception is a common issue among students when learning science, and the Gravi-STEM module is designed to "address" this problem. Terima kasih | Kami mencadangkan padanan “menangani”, “menyelesaikan”, “menghuraikan”, “mengatasi”, atau “menjelaskan” untuk perkataan address. Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.
| Makna | 20.02.2023 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk tajuk penyelidikan saya yang berbunyi "Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and menhave sex with men (MSM)". Mohon bantuan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan khidmat terjemahan daripada bahasa asing ke bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, encik boleh menterjemahkan tajuk tersebut dan menghantar kepada kami untuk semakan penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 17.01.2020 |
Saya ingin mendapatkan padanan yang sesuai bagi career engagement memandangkan pelajar-pelajar masih belum terlibat dalam kerjaya. Contoh ayat penggunaan career engagement adalah : This study addresses intraindividual changes in career engagement among university students. Career Engagement scale is a measure of the degree to which somebody is proactively developing his career as expressed by diverse career behaviors. Terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan/puan. | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “keterlibatan kerjaya” digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi career engagement. | Istilah | 14.03.2018 |