Pak Kasim seorang nelayan. ... turun ke laut menangkap ikan. a) Beliau b)Aku c)Dia "Ya Allah, Ampunilah dosa dan berikanlah kekuaan kepada ____ untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran - Mu", doa Ali dengan sayu. a) Hamba b) Patik c) Aku | 1. Pak Kasim seorang nelayan. Dia turun ke laut menangkap ikan. 2. "Ya Allah, Ampunilah dosa dan berikanlah kekuaan kepada aku untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran. | Tatabahasa | 28.05.2009 |
Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk kita meminta sesuatu melalui persuratan. DIMOHON atau DIPOHON | Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud meminta. Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 21.10.2014 |
Apakah perbezaan diantara dipohon dan dimohon. Dalam situasi apakah perkataan tersebut dipakai? | Saudara, Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud meminta. Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |
Adakah terdapat perbezaan pada penggunaan perkataan "dipohon" dan "dimohon" ? Yang manakah penggunaan perkataan yang betul ? Bolehkah diberikan contoh penggunaan keduanya ? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut. | Istilah | 03.12.2010 |
1. Bolehkah kata 'dimohon' digunakan? 2. Bolehkah kata 'dipohon' digunakan? 3. minta tolong berikan 2 contoh ayat yang menggunakan kata 'dimohon'. 4. yang mana satu ayat yang berikut betul; 4.1 Kerjasama tuan dipohon... atau 4.2 Kerjasama tuan dimohon... 5. diminta tunjukkan tempat atau rujukan yang lebih terperinci berkaitan kata 'dimohon dan dipohon'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku"; Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut. | | Tatabahasa | 03.04.2014 |