saya lihat ramai anak muda sekarang suka berbahasa inggeris daripada bahasa melayu. adakah pihak tn. setuju bahawa anak muda suka berbahasa inggeris adalah disebabkan proses pembentukan kata bahasa melayu banyak berunsurkan bahasa inggeris.contohnya seperti perkataan akronim seperti felda, rtc dan sebagainya.berikan ulasan anda... | Pada pandangan saya pembentukan akronim hanyalah sebahagian kecil daripada unsur bahasa yang tidak sepatutnya menyumbang kepada kegoyahan jati diri rakyat Malaysia kepada bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi orang Melayu kepada bahasa ibundanya sendiri. Keutuhan jati diri penting bagi setiap rakyat Malaysia termasuklah mempunyai rasa sayang akan bahasa kebangsaannya. Tidak salah untuk sesiapa sahaja termasuklah anak muda menggunakan apa-apa bahasa sekalipun asalkan dalam konteks dan tempat yang betul. Dalam urusan rasmi dan kenegaraan bahasa Melayu ialah bahasa pengantarnya. Wallahua'lam. | Lain-lain | 08.03.2013 |
Aduan berhubung Juri dalam program mentor, TV3. Menggunakan bahasa yang bercampur aduk (BM/BI) yang boleh merosakkan bahasa Melayu terutama kepada golongan anak-anak muda. Beliau minta Kementerian Komunikasi dan Multimedia buat pemantauan. | Contoh pencemaran bahasa : "Saya fikir this is not good" - Beliau meminta supaya DBP/Kementerian Komunikasi Multimedia mengambil serius tentang perkara ini. | Lain-lain | 22.12.2014 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
maksud jenayah juvana, peraturan, komuniti, undang-undang dan akta mahkamah juvana 1974 daripada kamus dewan. | Juvenil ialah anak muda yang belum matang (mentah), atau yang lazim disebut ialah budak-budak. Oleh itu jenayah juvana merujuk perbuatan jenayah yang pelakunya terdiri daripada kalangan anak muda yang belum matang. Peraturan bermaksud segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan lain-lain) dan harus diturut atau dipatuhi. Komuniti bermaksud kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara. Undang-undang bermaksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Akta mahkamah juvana 1974 tidak membawa maksud lain selain daripada aktabtersebut. | Makna | 13.05.2009 |
Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? 1. Pelancongan membawa kepada kemajuan dalam sektor ekonomi negara. 2. Masalah sosial pelajar merupakan antara perkara yang dibincangkan. 3. Penulis yang mempunyai banyak pengalaman dapat menghasilkan karya yang bermutu. 4. Nilai-nilai murni harus disemai dalam jiwa anak-anak muda. | Semua ayat yang dikemukakan adalah betul. | Tatabahasa | 24.04.2011 |
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara. | Berikut ayat yang telah dipinda. 1. Ali yang bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali. 3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak. 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji. 6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda. 7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Salah sejahtera. Adakah kita perlu meletakkan tanda koma (,) sebelum kata hubung 'tetapi', 'dan' serta 'jadi'? | Tanda koma (,) digunakan sebelum kata hubung gabungan "tetapi" yang membawa maksud "pertentangan fakta" dalam ayat majmuk. contoh: Kerajaan berusaha hendak membendunng pengaruh kebudayaan barat yang negatif, tetapi anak-anak muda pula kian tergila-gila mengikutinya. Tanda koma sebelum "dan"bergfungsi sebagai kata hubung setara untuk memisahkan ayat-ayat atau klausa yang fakta-faktanya berurutan yang membawa maksud "serentak", "bersama" atau "berurutan". Contoh: Mohd baru sahaja kematian kedua-dua ibu bapanya, dan menjadi anak yatim piatu. Kata Jadi boleh digunakan di awal ayat, tapi perlu meletakkan koma selepas perkataan "Jadi" Contoh, Jadi, tegaslah bahawa setiap ahli keluarga khususnya ibu bapa tidak harus bersifat materialistik semata-mata. | Tatabahasa | 16.01.2019 |
Adakah dialog berikut mengikut hukum nahu Melayu dengan betul? "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disamaertikan dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Ayat yang betul ialah "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disama erti dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Tatabahasa | 17.10.2018 |
Encik, Emak memerlukan [ telur kuning / kuning telur] untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna [telur kuning / kuning telur]. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat [patriotik / patriotisme] dalam kalangan anak muda. Bolehkah tuan tolong jelaskan? | Jawapan yang betul ialah Encik, Emak memerlukan kuning telur untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna kuning telur. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak muda. | Lain-lain | 25.08.2010 |
Suhaili Lily Jun 3rd, 12:44am terima kasi kerana memartabatkan Bahasa Melayu...tetapi boleh DBP pos tentang peribahasa dan seumpamanya...Hal ini kerana, anak muda sekarang tidak kenal peribahasa yang betul dan maknanya...mohon isu ini diambil perhatian | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 3rd, 9:16am Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Pihak DBP telahpun menyediakan kemudahan tersebut melalui http://prpm.dbp.gov.my setiap perkataan yang ditaip seperti perkatan sampan maka akan terpapar maksud mengikut semua kamus yang diterbitkan oleh DBP. Selain itu, akan terpapar secara serentak tesaurus, iaitu perkataan yang segolongan dengan sampan seperti sambok, sekoci, selob dan sebagainya; begitu juga akan terpapar himpunan puisi yang terdapat perkataan sampan (puisi, pantun dan sebagainya); dan pasti juga akan dipaparkan peribahasa yang terkandung perkataan sampan (174 peribahasa yang menggunakan perkataan sampan). Selamat mengembara ke laman tersebut. Pelbagai kemudahan disedia. Moga ini membantu. Terima kasih. | Lain-lain | 03.06.2014 |