Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd mo­dalnya dimiliki oleh syarikat lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : syarikat yg sebaha­gian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai istilah 'syarikat anak'. Wujudkah istilah tersebut? Ini kerana sepanjang pengetahuan saya, hanya terdapat istilah 'anak syarikat'. Atau mungkin sememangnya ada istilah tersebut? Mohon pencerahan dan pengesahan. Terima kasih DBP.DBP tiada data berkaitan ‘syarikat anak’. ‘Subsidiary company’ diterjemahkan sebagai ‘anak syarikat’. Daripada penelitian kami juga, istilah ‘syarikat anak’  tiada dalam Akta Syarikat 1965.Istilah26.08.2014
Salam. Jika 'subsidiary' merujuk kepada anak syarikat, apakah terjemahan yang tepat untuk 'sister company'?Mohon berikan takrifan untuk "sister company" supaya kami dapat memberikan padanan yang sesuai.Istilah07.01.2020
Syarikat kami adalah anak syarikat Bank Mandiri dari Indonesia dan menyediakan perkhidmatan pengiriman wang ke Indonesia bagi pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Kami memerlukan khidmat nasihat bagi penggunaan ayat yang akan di letakkan pada papan tanda dan akan digunakan sebagai standard corporate design. Ayatnya adalah "Kiriman wang" atau "Pengiriman Wang", yang mana satu lebih sesuai berdasarkan perkhidmatan kami dan penggunaan bahasa. Terima kasih.Cadangan kami ialah Perkhidmatan Kiriman Wang sebagai keterangan jenis aktiviti perniagaan saudara.Tatabahasa24.05.2010
tafsiran ayat berikut' 'ditamatkan perkhidmatan atau berhenti bekerja dengan PKNS atau anak syarikat PKNS'. Adakah maksud ditamatkan bermakna individu tersebut dibuang/dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Adakah sama perkataan ditamatkan dengan menamatkan perkhidmatan. Mohon penjelasanMaksud ditamatkan jika menurut konteks pekerjaan, bermaksud diberhentikan/dibuang atas sebab- sebab tertentu, ( seperti tamat kontrak dan sebab lain) manakala maksud menamatkan perkhidmatan mengikut konteks pekerjaan ialah berhenti kerja atas sebab pencen dan berhenti atas sebab peletakan jawatan.  Istilah27.09.2018
Bolehkah saya mengekalkan ejaan "Celebrity Beaute" tanpa menukar kepada "Selebriti Beaute" untuk gegantung iklan kerana nama tersebut merupakan nama anak syarikat.Pihak puan boleh menggunakan nama Celebrity Beaute kerana nama tersebut merupakan nama khas dan tidak perlu ditukar ejaannya.Lain-lain28.08.2019
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengapakah istilah 'subsidiary' diterjemahkan sebagai 'syarikat subsidiari' dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan, tetapi diterjemahkan sebagai 'anak syarikat' dalam Istilah Bahasa Melayu? Terjemahan manakah yang lebih tepat? Mengapa wujud perbezaan ini? Mengapa tidak diselaraskan sahaja? Sekian, terima kasih.Tidak ada yang perlu diselaraskan sekiranya anda  memahami pemberian makna dan padanan dalam kamus. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, entri subsidiary diberikan padanan subsidiari, manakala entri subsidiary company yang diberikan padanan syarikat subsidiari.  Kamus Dewan memberikan makna entri syarikat subsidiari sebagai anak syarikat.Makna15.04.2018
Adkah DBP mempunyai suatu dasar atau tatacara atau garis panduan yang perlu dipatuhi untuk penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tulisan jawi di premis kerajaan. Sekiranya ada mohon minta penjelasan secepat mungkin kerana kerajaan negeri Melaka akan mengeluarkan surat arahan kepada semua ketua jabatan dan agensi kerajaan termasuk anak syarikat kerajaan negeri Melaka tentang pematuhan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tulis jawi di semua premis. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk maklum balas segera. Sekian terima kasih.DBP telah menyusun pedoman khusus sistem ejaan Jawi baharu, tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dan bagi melihat ejaan rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Lain-lain16.05.2014
Apakah nama syarikat?Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna syarikat, berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, syarikat ialah 

1. persekutuan, perkumpulan, gabungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd modalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. persekutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemudahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, terutamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi-nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (spt pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan;

Lain-lain14.10.2009
APAKAH KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN DALAM AYAT DI BAWAH? 4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut.Ejaan yang betul seperti yang  berikut:

4. Para pendayung itu terpaksa menongkah arus sebelum tiba di garisan tamat.
5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantu penduduk kampung yang dalam kesusahan.
 
6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi menyebabkan penduduk di situ berasa gelisah.

7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagakan oleh para peragawati terkenal tanah air.

8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis.
 
9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk dicetak melalui e-mel kerana lebih mudah dan pantas.

10. Hubungan silaturahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.

11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 

12. Syarikat binaan milik rakyat tempatan mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.
Tatabahasa16.08.2013
Ahmad Saufe Mar 19th, 2:55pm Salam pentadbir, Mohon membantu dalam memberi maksud yang tepat bagi terma dibawah; Out of pocket expenses: perbelanjaan luar jangka Recourse : rekursa Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "out of pocket expense" ialah perbelanjaan sendiri (bidang Sains Politik) dan belanja hangus (bidang Undang-Undang). Tidak ada huraian khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data kami. Istilah untuk "recourse" ialah rekursa (bidang Pentadbiran Perniagaan), hak tuntut (bidang Ekonomi), berbantuan (bidang Pentadbiran). Dalam bidang Pentadbiran maksud yang diberikan untuk "berbantuan" ialah peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika anak syarikat mungkir dan cagaran tidak mencukupi.Istilah19.03.2015
12

Kembali ke atas