ASALAMUALAIKUM. PERMASALAHAN DALAM AYAT YANG DIBUAT. CONTOH (AMIR TIDAK MEMPUNYAI ABANG DAN KAKAK. DIA MERUPAKAN ANAK TUNGGAL) JAWAPANNYA ANTARA BETUL DAN SALAH. SAYA MEMILIH (BETUL). NAMUN BEGITU, TERDAPAT KERAGUAN YANG MEMBOLEHKAN JAWAPAN SALAH JUGA BOLEH DITERIMA. JADI SAYA INGINKAN PENDAPAT YANG BOLEH SAYA JELASKAN KEPADA ORANG YANG BERKENAAN. SEGALA KERJASAMA AMAT DIHARGAI. | Anak tunggal ialah anak yang seorang sahaja, iaitu tidak mempunyai adik-beradik. Contoh yang diberikan belum tentu anak tunggal kerana Amir tidak mempunyai abang dan kakak tetapi mungkin mempunyai adik. | Lain-lain | 23.03.2009 |
Salam sejahtera, Anak-anak Encik Ramli suadah bekerja. Anak bongsunya belum bekerja. ( kecuali / atau) (gabungkan ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk ) Jawapan yang saya dapat daripada guru yang tanda kertas peperiksaaan itu adalah " Anak - anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya belum bekerja" Jawapan ini adalah betul ? Bolehkah saya dapat jawapan yang betul daripada Pihak tuan. | Penggunaan perkataan kecuali lebih tepat berbanding perkataan atau dalam ayat majmuk tersebut. Ayat yang gramatis ialah Anak-anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya. | Tatabahasa | 30.03.2012 |
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih. | Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa". | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur" | Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur. | Tatabahasa | 22.05.2017 |
"Dengan kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya." Soalan: Boleh atau tidak perkatan "dengan" digunakan pada permulaan ayat? diharap pihat DBP dapat berikan penjelasan lanjut. terima kasih. | Kata "dengan" boleh digunakan pada permulaan ayat, tetapi ayat yang saudara berikan telah lengkap tanpa adanya kata "dengan" - Kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya." | Tatabahasa | 27.05.2008 |
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "berdarah putih bertulang tunggal" dalam ayat contoh ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.") | Petikan tersebut terdapat dalam teks sastera. Penggunaan bahasa klasik dalam ayat iaitu berdarah putih bertulang tunggal bermaksud mempunyai darah putih dan tulang yang satu. | Sastera | 20.08.2013 |
Salam sejahtera, tuan. Sekolah kami ingin melukis mural. Tetapi kami tidak pasti sama ada nak tulis " Kami Anak Malaysia" atau "Kita Anak Malaysia". Boleh minta pendapat daripada pihak tuan? Terima kasih. | “Kami“ dan “kita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar. Kami mencadangkan "Kita Anak Malaysia". | Lain-lain | 14.09.2022 |
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "orang tuha-tuha" sila rujuk ayat contoh dalam kesusasteraan ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.") | Tuha ialah perkataan dalam teks satera lama yang bermaksud tua. Maka frasa "anak orang tuha-tuha" bermaksud anak orang tua-tua. | Makna | 17.06.2013 |
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap | 1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami. 2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari. 3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas. 4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); 5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius. 6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78. | Tatabahasa | 20.12.2013 |
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan Negara | Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak. Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 26.03.2018 |