1. Sebahagian daripada anak-anak yatim 2. Sebahagian daripada anak yatim 3. Sebahagian anak yatim adakah ketiga-tiga ini jugalah betul? terima kasih. | Frasa yang tepat ialah sebahagian daripada anak-anak yatim. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
Ayat manakah yang tepat? a) Sebahagian hartanya didermakan untuk anak-anak yatim. b) Sebahagian daripada hartanya didermakan untuk anak-anak yatim. Adakah 'untuk' dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan 'kepada'? | Ayat yang tepat ialah ayat (b) kerana kata sendi nama daripada dalam ayat ini menyatakan sebahagian daripada semua. Kata sendi nama untuk dalam contoh ayat ini boleh digantikan dengan kata sendi nama kepada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 dan 276. | Tatabahasa | 12.07.2009 |
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih. | Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa". | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Anak-anak yatim itu bertuah kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang mengambil berat__kebajikan mereka. MUNSYI, SAYA WASWAS SAMA ADA SELEPAS MENGAMBIL BERAT, WAJARLAH DIIKUTI DENGAN KATA SENDI ATAU TIDAK, TQ | Dalam konteks ini kata sendi nama perlu untuk membawa maksud rujukan sesuatu benda yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama yang sesuai ialah "tentang". | Tatabahasa | 25.03.2012 |
______daripada harta peninggalan ayahnya akan didermakan kepada anak-anak yatim. Sama ada jawapan "sebahagian" dan "sesetengah" diterima dalam soalan ini? Sama ada "sebahagian" dan "sesetengah" hanya digunakan merujuki orang manakala "sebahagian" merujuki orang dan BENDA? | Kedua-duanya boleh menjadi jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Dalam pangkalan data kami, sesetengah bermaksud sebilangan atau sebahagian dan sebahagian juga boleh membawa maksud sesetengah atau segolongan. Oleh itu, tidak ada pengkhususan untuk manusia atau benda. | Tatabahasa | 08.01.2014 |
______daripada harta peninggalan ayahnya akan didermakan kepada anak-anak yatim. A. Seluruh B. Semua C. Sebahagian D. Sesetengah ~ sama ada jawapan C dan D boleh diterima? sama ada "Sebahagian" sama maksud dengan"sesetengah"? | Jawapan yang paling tepat ialah sebahagian.
| Tatabahasa | 24.12.2013 |
hasil (pada / daripada )jualan barangan kraf tangan itu akan didermakan ke rumah anak-anak yatim. apakah jawapan soalan ini? adakah beza bagi ayat-ayat ini jika kedua-dua kata sendi dikatakan betul? terima kasih | Ayat yang betul ialah hasil jualan barangan kraf tangan itu akan didermakan ........ | Tatabahasa | 12.01.2010 |
adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan kata 'ambil berat' ? 1) Ibu bapa harus ambil berat akan anak-anak mereka. 2) Mereka sangat ambil berat terhadap anak-anak yatim. 3) Mak Su sangat ambil berat terhadap jirannya. | Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu atau seseorang. Dari segi konteks penggunaan perkataan "ambil berat" dalam ayat di atas adalah betul. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur" | Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur. | Tatabahasa | 22.05.2017 |
Syarikat kami akan menubuhkan persatuan yg dipanggil 'Social Coorperate Responsibility) yg mana persatuan ini berfungsi sbg Persatuan Sukarela/Committee yang dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan bantuan sebagai contohnya: orang kurang upaya, orang-orang tua, anak-anak yatim dsbnya. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik DBP untuk mencadangkan MOTTO yang berunsur murni untuk persatuan ini. Tolong cadangkan beberapa Motto dalam Bahasa English dan Bahasa Malaysia. Terima kasih. | Terima kasih kerana menggunakan khidmat nasihat bahasa, DBP dan akan berusaha membantu masalah bahasa/peristilahan yang dihadapi. Dalam hal ini, kami mencadangkan saudara menyediakan beberapa moto dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian perkataan yang digunakan. | Lain-lain | 05.08.2008 |