Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Dalam era globalisasi ini,kebanyakan ibu bapa bekerja.Mereka tidak mampu meluangkan masa dengan anak-anak.Mereka juga tidak dapat mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan bimbang anak-anak akan terpengaruh dengan gejala sosial.Oleh itu,mereka menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Mereka cuba mengetatkan masa anak-anak dengan kelas tuisyen supaya anak-anak tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah seperti menyertai kongsi gelap,vandalisme dan melepak dengan kawan. | Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Dalam era globalisasi ini,kebanyakan ibu bapa bekerja.Mereka tidak mampu meluangkan masa dengan anak-anak.Mereka juga tidak dapat mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan bimbang anak-anak akan terpengaruh dengan gejala sosial.Oleh itu,mereka menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Mereka cuba mengetatkan masa anak-anak dengan kelas tuisyen supaya anak-anak tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah seperti menyertai kongsi gelap,vandalisme dan melepak dengan kawan. | Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,ibu bapa juga bertujuan hendak memajukan perkembangan anak-anak dalam pelajaran.Mereka hendak melihat anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Ibu bapa ingat kelas tuisyen amat diperlukan oleh anak-anak mereka.Bagi pendapat mereka,cikgu tuisyen lebih berpengetahuan dan berpengalaman daripada cikgu sekolah.Di samping itu,ibu bapa berkeinginan anaknya perlu menjadi pelajar terpandai dalam kelas.Oleh itu,ibu bapa memberi tekanan kepada anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. | Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.
| Tatabahasa | 29.09.2015 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,ibu bapa juga bertujuan hendak memajukan perkembangan anak-anak dalam pelajaran.Mereka hendak melihat anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Ibu bapa ingat kelas tuisyen amat diperlukan oleh anak-anak mereka.Bagi pendapat mereka,cikgu tuisyen lebih berpengetahuan dan berpengalaman daripada cikgu sekolah.Di samping itu,ibu bapa berkeinginan anaknya perlu menjadi pelajar terpandai dalam kelas.Oleh itu,ibu bapa memberi tekanan kepada anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. | Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Anak-anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak-anak Pak Ali pandai belaka. Ayat manakah yang betul dalam penggunaan kata ganda? Sila jelaskan. Terima Kasih, tuan | Anak-anak Pak Ali pandai belaka, gandaan sebagai penanda jamak iaitu menandakan jumlah yang banyak. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
"Kami ini anak-anak kepada bapa yang sama." Adakah penggunaan "anak-anak" (jamak) dalam ayat ini menyalahi tatabahasa? | Ayat yang betul ialah "Kami ini anak kepada bapa yang sama". Perkataan anak-anak tidak digunakan dalam ayat ini kerana berlaku pelewahan bahasa memandangkan perkataan kami merujuk kepada lebih daripada seorang. | Tatabahasa | 06.06.2018 |
Yang manakah betul ? (a) Anak-anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (b) Anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (c) Anak-anak Pak Abu cantik. (d) Anak-anak Pak Abu cantik belaka. (e) Anak Pak Abu cantik belaka. | Ayat yang betul ialah ayat (b), (c), (d) | Tatabahasa | 05.03.2010 |
bagaimanakah hendak menggandakan kata majmuk berbentuk hiasan seperti anak buah? adakah anak-anak buah atau anak buah-anak buah? terima kasih. | Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contoh perkataan ialah anak-anak buah, anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar. Adakah klausa " anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar" dalam ayat di atas boleh dikelaskan sebagai klausa keterangan ? | Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa utama, manakala kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa tak bebas. Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga mengklasifikasikan klausa kepada klausa bebas dan klausa tak bebas. Sila rujuk halaman 434 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 23.02.2018 |
Assalammualaikum 1.Apakah ada terdapat kesalahan dalam ayat berikut .....wahai anak-anak muridku semua... Terima kasih | Waalaikumsalam WM WBT Ayat tersebut mengandungi unsur lewah, iaitu perkataan "anak-anak" dan "semua" yang menunjukkan jamak. Ayat yang gramatis ialah "Wahai anak-anak muridku". | Tatabahasa | 08.04.2014 |