Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/.be.ra.na/] | انق-برانق

Definisi : 1. sekeluarga (ibu bapa dan anak-anak mereka): dialah yg membantu kami ~; 2. suami atau isteri serta anak-anak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak-beranak

Puisi
 

Ke Badam sudah ke Muar belum,
     Anak beranak mengambil angin;
Temu sudah kupandang belum,
     Ibarat gambar dalam cermin.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Tebu setuntung jadi separak.

Bermaksud :

Anak gadis seorang, setelah kahwin beranak banyak pula. setuntung = sepotong kecil.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan, saya ingin mendapatkan maksud yang betul mengenai istilah (HARGA ANAK BERANAK). Contoh penggunaan ayat yang digunakan adalah seperti berikut: "Rumah itu saya jual murah-murah kepada Fatimah dengan harga Anak Beranak" Seterusnya, saya juga ingin mendapatkan maksud sebenar dengan istilah yang sering digunakan iaitu (HARGA ADIK BERADIK). Contoh penggunaan ayat yang digunakan adalah seperti berikut: "Saya menjual kereta saya murah-murah kepada Ahmad kerana beliau merupakan adik saya dengan harga adik-beradik" Maklum Balas dari pihak Tuan dengan segera amat saya hargai, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Harga anak-beranak dan harga adik -beradik ialah Bahasa percakapan yang membawa maksud harga istimewa yang diberikan atas dasar ikatan kekeluargaan.Istilah26.08.2020
dua beranak bermakna ibu atau bapa dengan anak, betul?Dua beranak bermaksud ibu atau bapa bersama dengan seorang anak.Lain-lain24.11.2020
Bagaimana menyebut perkataan berikut : 1. beranak --> ber/anak atau be/ra/nak? 2. Peraturan --> Per/atur/an atau pe/ra/tu/ran?

Berdasarkan sebutan: be/ra/nak, pe/ra/tu/ran.  Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk maklumat lanjut.

Istilah21.11.2010
boleh tuan berikan perbezaan antara kata akar dan kata dasar?Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Istilah05.03.2013
Salam Sejahtera, Boleh saya dapatkan senarai KATA ASAS bahasa Melayu? Terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada frasa kata asas tetapi terdapat frasa kata dasar, kata akar, kata pokok. Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Tatabahasa20.03.2014
Karya anak saya iffah eryna zulkifli pernah dikeluarkan pada bil.11 2020 dalam ruangan Karya DP. Saya pernah dihubungi untuk memberi no.akaun bank anak untuk diberi cek oleh pihak DBP. Namun hingga kini, cek tersebut masih belum saya terima. Atau adakah pihan DBP terus bankin ke akaun ?Assalamualaikum Puan Noorashikin,

Mohon jasa baik puan untuk memajukan e-mel kepada Puan Siti Akmal Moez; akmal@dbp.gov.my dan Puan Rozalania Nasir; zalania@dbp.gov.my tentang bayaran Iffah Eryna binti Zulkifli yang masih belum diterima. Puan perlu melampirkan salinan surat beranak Iffah Eryna dan nombor akaun bank puan dalam e-mel tersebut. Sekiranya ada kemusykilan, puan boleh menghubungi Puan Rozalania Nasir di talian 03-2147 9077.

Terima kasih.
Lain-lain16.06.2021
apakah beza antara kata dasar, kata akar, kata tunggul, kata terbitan ? akar, tawa, dan mudi masuk kategori yang mana?Kata dasar/Kata akar ialah bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak. Kata tunggal tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata terbitan, kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan. Akar, tawa, mudi tergolong dalam kata dasar/kata akar/ kata tunggal.Tatabahasa10.10.2008
Merujuk soalan 92 ( tentang maksud 'kata akar' dan 'kata dasar ). Tuan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai maksud. Walau bagaimanapun, setelah merujuk TD Edisi Ketiga m/s 67 yang menyatakan bahawa ' kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. m/s 107 menunjukkan kata akar yang dimaksudkannya ialah' tapa', tawa, 'mudi'. Jadi, kesimpulan yang saya buat ialah kata akar hanya berbentuk morfem terikat ( tidak termasuk imbuhan) tetapi kata dasar berbentuk morfem bebas dan morfem terikat (disebut kata akar). Kedua-duanya boleh menjadi kata terbitan setelah menerima imbuhan. Minta pendapat tuan. Terima kasih.Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Tatabahasa26.04.2010
Assalamualaikum, selamat pagi. Saya ingin menanyakan apakah perbezaan antara kata dasar dengan kata akar?

Menurut data kami,  kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Dalam istilah linguistik, "kata akar" ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Contoh "belajar" yang boleh menerima apitan peN-...-an, menjadi "pembelajaran".

Tatabahasa22.07.2018
Apakah perbezaan antara "kata dasar" dengan "kata akar"? Sila berikan contoh.1. Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Dalam istilah linguistik, "kata akar" ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus.
2. Kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Contoh "belajar" yang boleh menerima apitan peN-...-an, menjadi "pembelajaran".
Istilah08.05.2015

Kembali ke atas