Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti padanan kata bagi perkataan berikut: (1) contrastive analysis; (2) error analysis; (3) critical discourse analysis. Sekian, terima kasih. | Padanan contrastive analysis ialah analisis bezaan, error analysis ialah analisis kesilapan, walau bagaimanpun tidak ada terjemahan bagi critical discourse analysis dan kami mencadangkan analisis kritikal wacana digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.11.2014 |
Jika "analysis" adalah "analisis", apakah "analytics" dalam Bahasa Malaysia? Contoh penggunaan: "We need marketing strategy solutions derived from big data analytics." | Dalam Bahasa Melayu ada perkataan analisis dan analitik, malah analytic itu sendiri kadangkala diterjemahkan kepada analisis atau analitik. Oleh itu kami mencadangkan tuan melihat kepada fungsi perkataan tersebut dalam ayat. Jika adjektif perkataan yang sesuai ialah analitik, manakala jika kata nama atau kata kerja perkataan yang sesuai ialah analisis atau menganalisis. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2017 |
Salam sejahtera. Berdasarkan laman sesawang PRPM, 'Correspondence Analysis' diterjemahkan kepada analisis penghubungan untuk aspek kewangan. Adakah 'Correspondence Analysis' untuk teknik statistik multivariat menggunakan istilah yang sama dengan aspek kewangan? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "correspondence analysis" untuk teknik statistik multivariat ialah analisis penghubungan atau analisis koresponden. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Istilah | 09.05.2021 |
apakah terjemahan kepada directed content analysis dalam Bahasa melayu? adakah analisis kandungan terarah? | Kata "directed content analysis" tiada dalam pangkalan data DBP. Namun, terjemahan secara langsung frasa tersebut ialah "analisis kandungan terarah". Untuk keterangan lebih lanjut, mohon kemukakan maklumat seperti konteks dan konsep penggunaan perkataan ini atau contoh ayat penggunaan kata tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2019 |
(nature of business) dan (Cost Banefit Analysis) yang dikurungkan dalam ayat adakah perlu di italic | Teks Nature of Business dan Cost Benefit Analysis perlu diitalikkan kerana merupakan perkataan dan teks dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada di dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu dicondongkan. Contohnya, suai padan (copy fitting) dan kebebasan seni (poetic license). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 153. | Lain-lain | 17.04.2025 |
Tuan yang budiman, apakah maksud i) Context clues ii) Structural analysis = analisis strukturan? iii) prefixes. iv)Suffixes, v)root words = kata dasar? vi) compound word vii) syllables = suku kata? Terima kasih :) | Terjemahan perkataan yang tersebut ialah: i) Context clues - petunjuk konteks; ii) Structural analysis = analisis struktur; iii) prefixes - awalan; iv) Suffixes - akhiran v) root words - kata dasar; vi) compound word - kata majmuk; dan vii) syllables - suku kata. | Istilah | 12.10.2011 |
Mohon terjemahan sesuai untuk critical discourse analysis. Wacana analisa kritikal? | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai ialah analisis kritikal wacana, jika bersesuaian dengan konteks penggunaanya. | Makna | 29.07.2021 |
Mohon bantuan pengesahan terjemahan: Materials Integrity and Analysis Section - Seksyen Integriti dan Analisis Bahan | Terjemahan yang dicadangkan ialah Bahagian Integriti dan Analisis Bahan | Penyemakan dan penterjemahan | 09.10.2014 |
Salam, saya ingin menterjemahkan yang berikut: English: Numerical Analysis Based Performance Investigation of Interior Permanent Magnet Synchronous Motor Drive. BM: Analisis Berangka Berdasarkan Penyelidikan Prestasi Terhadap Magnet Kekal Dalaman Pemacu Motor Segerak. Adakah betul? Mohon pandangan | Berdasarkan ayat bahasa Inggeris, terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Penyiasatan Prestasi Berdasarkan Analisis Berangka Terhadap Pemacu Motor Segerak Magnet Dalaman Kekal. | Istilah | 22.07.2013 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang data psikolinguistik yang dipunyai oleh DBP. Adakah MATA (malay test analysis)termasuk data tersebut? Saya perlu membina senarai perkataan berdasarkan beberapa kriteria seperti yang terdapat dalam MRC Psycholinguistic Database: Machine Usable Dictionary. Adakah DBP mempunyai data yang serupa seperti MRC?. Saya berharap untuk mendapat nasihat tentang hal ini bagi memenuhi keperluan kajian PhD saya di kalangan pelajar Malaysia di UK. terima kasih | Untuk mendapatkan maklumat lanjut data yang diperlukan, saudara boleh berhubung terus dengan Puan Norhafizah binti Mohammad Hussein, Pegawai di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel hafizah@dbp.gov.my. | Penyelidikan | 09.02.2011 |