Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.to.mi] | اناتومي

Definisi : kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan (manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.to.mi] | اناتومي

Definisi : (ilmu ttg) struktur fizikal manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anatomi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan "envelope"(salah satu bahagian di dalam belon udara panas? TqPada pandangan kami, padanan terjemahan yang sesuai bagi istilah envelope  dalam anatomi sebuah belon udara panas ialah belon.Penyemakan dan penterjemahan11.03.2014
Tuan, Saya ingin tanya jika saya menggunakan kesan bunyi untuk permulaan karangan perlukah saya menggunakan tanda petik? Contoh: "Kring! Kring!" Kedengaran bunyi telefon bordering. Terima kasih. Sekian, AnizaTidak perlu kerana tanda petik hanya digunakan untuk beberapa keadaan tertentu. Antaranya:

1) Untuk dialog. Contoh, "Bila sampai?"
2) Untuk judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang digunakan dalam ayat. Contoh, "Remaja Masa Kini"
3) Untuk istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contoh, Dia sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.
Karya24.06.2015
Selamat petang, boleh tolong jelaskan penggunaan tanda baca "..." dan '...' . Apakah perbezaannya?Tanda Petikan ("  " ) digunakan untuk  tujuan tertentu seperti:

a. Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis.  Contoh: "Bila sampai?" tanya Husin.

b. Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat.  Contoh: Rencana yang ditulisnya "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains.

c. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.  Contoh:  Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.


Tanda Petik Tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik.  Contoh:  "Amboi, sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak Nampak," sindir Hasyim.
Lain-lain29.09.2014
Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan tanda baca. Bilakah tanda baca pembuka dan penutup kata paling tepat digunakan (" ")? Sekiranya kita merujuk tajuk dalam syarahan, adakah perlu menggunakan satu pembuka kata sahaja (') kerana cara ini yang sering digunakan dalam kertas peperiksaan. Sekiranya merujuk tajuk buku atau cerpen, kita perlu menggunakan (" ") bukan? Terima kasih.Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.cth: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Pwrsatua Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. cth: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.

Bagi merujuk tajuk dalam syarahan penggunaan tanda petik (" ") adalah tepat berbanding tanda petik tunggal (' '). Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. cth: "Amboi! Sejak menjadi "orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim.

Untuk merujuk tajuk buku atau cerpen, boleh menggunakan tanda petik (" ")  atau menggunakan huruf condong bagi menunjukkan ada sesuatu berlainan dalam frasa.
Tatabahasa03.08.2012
KPDNKK kerap menangani isu seperti gores dan menang, skim cepat kaya dan sebagainya. Tanpa mendapat pengesahan dari mana-mana pihak terutama dari DBP sendiri sering penggunaan tanda " digunakan. Contohnya "Gores dan Menang" "Skim Cepat Kaya" dan sebagainya. Pohon panduan tuan/puan mengenai penggunaan tanda tersebut samaada sesuai atau pun tidak. Terima kasih.Untuk makluman tanda petik hanya boleh digunakan dalam keadaan yang berikut:
1. Untuk mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan, daripada naskhah atau bahan bertulis lain.    Contoh: "Bila sampai?" Tanya Husin.
2.  Untuk mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipkai dalam ayat.
Contoh: Sajak "Dewi Malam", karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.
3. Untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. 
Ejaan01.10.2014
bila harus guna tanda baca ini (" ")

Untuk makluman sdr penggunaan tanda baca petik (" ") adalah seperti yang berikut:

      (a)  mengapit cakap ajuk, petikan langsung dsb.

      (b)  penulisan dailog (penulisan kreatif); "Bila sampai?" tanya Ali.

     (c)   mengapit judul rencana, karangan, puisi, dan bab buku yang dipakai dalam kalimat.;

                (i) Rencana yang ditulisnya " Manusia dan Alam Sekitar" diterbitkan dalam Majalah Dewan Siswa.

               (ii) Sajak " Bahasaku" , karya Ali telah terpilih sebagai pemenang utama dalam  pertandingan   

                    sayembara puisi.

    (d) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus;

              Ayu sedang menyediakan "anatomi" halaman buku itu.

Tatabahasa19.06.2009
tanda ' dalam bahasa Melayu disebut sebagai apa dan untuk apa? Terima kasih

Dalam bahasa Melayu, tanda ‘ disebut sebagai tanda petik tunggal. Tanda ini digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contohnya, “Amboi! Sejak menjadi ‘orang kaya baharu’, batang hidungnya pun tak nampak,” sindir Hashim.

 

Dalam penulisan teks sastera, tanda petik tunggal ini menunjukkan kata-kata dalam hati atau bisikan hati. Contohnya, ‘Mesti ibu gembira dengan pemberianku ini,’ bisik hati Ayu sebaik-baik sahaja memberikan hadiah ulang tahun kelahiran kepada ibunya.

 

Tanda petik “ ” pula digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut:

(a)  Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contohnya, “Bila sampai?” tanya Husin.

Bagi bahan petikan yang lebih daripada satu para dan petikan itu bersambung, tanda buka petikan ditulis pada permulaan ayat para pertama dan tanda tutup petikan pada akhir ayat para akhir.

(b)   Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Contohnya, Sajak “Dewi Malam”, karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.

       (c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contohnya, Amin sedang menyediakan “anatomi” halaman buku ini.
Ejaan16.02.2014

Kembali ke atas