Salam sejahtera, Terima kasih kerana menjawab soalan tadi ('black sheep' = 'scapegoat' = 'kambing hitam') dengan cepat. Untuk makluman, soalan saya adalah spesifik dan bukannya umum. Dengan jawapan terkini dari pihak KNDBP, maka saya andaikan jawapannya ialah "YA, guru-guru di Malaysia perlu memberikan DUA makna untuk penggunaan 'black sheep': (a) penggunaan di Malaysia, DAN (b) penggunaan di luar Malaysia (yang tidak membawa maksud 'kambing hitam'). Untuk makluman juga, soalan ini saya bawa terus kepada pihak KNDBP kerana DBP merupakan badan tersohor penggunaan bahasa Melayu di Malaysia dan saya memerlukan khidmat nasihat berkenaan bahasa. Saya andaikan soalan berkenaan bahasa harus sentiasa dirujuk kepada pihak DBP. Terima kasih. | Khalayak termasuk guru-guru boleh diberikan peluasan makna yang terdahulunya tidak ada dalam sesuatu kata. Dalam contoh yang diberikan, guru-guru boleh dimaklumkan tentang peluasan makna kata scapegoat. | Lain-lain | 31.10.2011 |
Salam sejahtera, 1. Apakah golongan kata bagi perkataan 'saran'? (Kamus Dewan (ed.4) tidak menunjukkan maklumat ini). 2. Antara definisi KD utk 'saran' (I) ialah 'cadangan' atau 'pendapat'. Saya andaikan definisi tersebut sama spt dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) utk 'saran' yg KBBI kategorikan sbg kata nama. Mohon klarifikasi dari pihak DBP sekiranya penggunaan 'saran' sebagai kata kerja dlm akhbar [contoh: 'TPM saran pelajar teroka bidang baru utk cipta kejayaan' (Utusan, 19/3/2010) atau 'Isteri PM saran ambil iktibar negara bergolak' (Utusan, 22/3/2010)] salah, betul, atau dibenarkan sbg kata kerja untuk tajuk berita. Sekiranya penggunaan 'saran' (dan bukan 'menyarankan') sbg kata kerja semakin popular, mungkin BM dapat menerima evolusi bahasa tersebut? Terima kasih. | Saran ialah kata nama bermaksud pendapat yang dikemukakan untuk dipertimbangkan atau usul. Perkataan menyarankan pula menjadi kata kerja yang bermaksud mengemukakan sesuatu pendapat; memberi saran; atau memberi usul. Ada kata kerja yang tidak memerlukan imbuhan seperti makan, minum dan tidur. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat perkataan saran digunakan untuk laras bahasa akhbar sahaja tetapi penggunaan yang betul dari segi tatabahasa adalah dengan meletakkan imbuhan menjadi menyarankan. | Tatabahasa | 22.04.2010 |
Mohon pembetulan 2 ayat di bawah Kejohan ini kembali lagi PADA tahun ini atau Kejohan ini kembali lagi BAGI tahun ini PADA yang berminat untuk menyertai atau BAGI yang berminat untuk menyertai | Kejohan atau Kejohanan? Saya andaikan perkataan sebenarnya ialah Kejohanan. Ayat yang betul ialah Kejohanan ini kembali lagi pada tahun ini. Bagi yang berminat untuk menyertai... | Tatabahasa | 27.04.2011 |