Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n android. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata android


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin mendapat kepastian tentang perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu Android, iOS, Windows, Hip-Hop dan Punk. 1. Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu ? 2. Jika hendak digunakan dalam karangan bahasa Melayu, apakah sistem ejaannya yang betul ?Berikut merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang ditanya:
a) android: android
b) hip-hop: hip-hop
c)punk: rock punk

Sila rujuk halaman PRPM android&d=286464&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=android&d=286464&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut.

iOS dan Windows merupakan kata nama khas. Oleh itu, ejaannya dikekalkan seperti perkataan asal. Sekiranya "windows" digunakan sebagai kata nama am seperti "cascading windows", perkataan "windows" diterjemahkan sebagai tetingkap melata (kaedah pemaparan susunan tetingkap yang bertindih supaya bar tajuk masing-masing sentiasa kelihatan iaitu tidak terlindung atau tertindih).
Makna07.12.2018
bagaimana menggunakan istilah bahasa melayu bagi istilah 'Android-running devices'? adakah peranti android mudah alih?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "android-running devices". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah peranti kendalian android.Istilah03.07.2013
Saya menggunakan telefon pintar dengan sistem Android 2.3 Merujuk kpd kenyataan di dalam akaun Facebook rasmi DBP di alamat versi telefon: https://m.facebook.com/photo.php?fbid=636992936371678&id=109573169113660&set=a.110964238974553.11894.109573169113660&_rdr#637101786360793 bolehkah jelaskan mengapa: - 'analisa' salah tetapi 'analisis' betul? bukankah 'analisa' ialah kata kerja manakala 'analisis' ialah kata nama? - 'silaturrahim' salah tetapi 'silaturahim' betul? perkataan tersebut dipinjam dari perkataan bahasa Arab dengan saddah/ "rr" bukan? Hilang keaslian bahasa & salah ?? - 'kuey teow' salah manakala 'kuetiau' betul? bukankah 'kuey teow' lebih senang difahami berbanding dieja 'kuetiau'?? - 'catit' salah manakala 'catat' betul? bukankah 'catit' ialah perkataan di dalam dialek tertentu yang sepatutnya diterima? perkataan lain seperti perkataan 'gerek' patut diterima juga. jenuh nak ingat perkataan lama dan baru, saya jadi semakin keliru dengan DBP sekarang... lagi satu, perkataan 'selfie' diterima ke dalam bahasa Inggeris, saya cadangkan DBP fikirkan perkataan bahasa Malaysia untuk istilah ini secepat mungkin, takkanlah nak pinjam dari bahasa Inggeris juga, bukan? Saya cadangkan 'gamdiri' daripada 'gambar sendiri'Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. Untuk makluman tuan juga, ejaan kata pinjaman bahasa Arab yang tidak ada dalam bahasa Melayu disesuaikan bentuk visualnya dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, ejaan yang betul ialah analisis, catat, silaturahim dan kuetiau. Perkataan gerek membawa beberapa makna, sila klik  http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gerek. Melalui carian di internet perkataan selfie hanya ditemukan dalam Kamus Oxford versi dalam talian. Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan.Tatabahasa17.04.2014
ada andoird application untuk kamus ini?Untuk makluman tuan, belum ada lagi aplikasi android untuk kamus yang diusahakan oleh DBP.Lain-lain07.01.2014
saya ingin tahu maksud telefon pintar

Selamat petang saudari Mila,

Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar
 telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android" title="Android">Android, iOS atau Windows Phone.

Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar.

Makna15.10.2012
Assalamualaikum... Mohon pertanyaan apakah perkataan yang betul untuk perkataan bahasa Melayu bagi perkataan " Apps" ? contoh : Apps Cuti Hrmis ini adalah di platform android dan ios kah?Wa alaikum salam,

Perkataan Apps dalam bahasa Melayu ialah Aplikasi. Contohnya, Aplikasi Cuti HRMIS.
Istilah23.07.2017
Salam, saya ingin bertanya berkenaan penggunaan "ke" dan "kepada" dalam konteks teknologi. Adakah betul penggunaan "kepada" dalam ayat ini? Saya menganggap kata nama "kumpulan" ini sebagai kata nama kerana kumpulan ini terdiri daripada ahli-ahli (orang). Ayat: Pada Android, anda boleh menentukan individu yang boleh memasukkan anda kepada kumpulan Waze dengan menukar tetapan privasi kumpulan anda. Mohon pihak DBP bantu beri penjelasan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Pada Android, anda boleh menentukan individu yang boleh memasukkan anda dalam kumpulan Waze dengan menukar tetapan privasi kumpulan anda".Lain-lain10.09.2022
Muhammad Adam SEP 8TH, 8:20AM Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya. DBP ada tak aplikasi Kamus Dewan untuk pengguna telefon pintar android?Sila muat turun Kamus Pro Online Dictionary.Lain-lain19.09.2016
Google Playstore, Appstore dan Huawei AppGallery merupakan antara platform penerbitan aplikasi mudah alih yang digunakan di Malaysia... juga diketahui sebagai official app store mengikut platform Android / iOS / Huawei Device... Apakah perkataan bahasa melayu yang boleh saya gunakan untuk "official app store" tersebut?Padanan "official app store" dalam bahasa Melayu ialah "Aplikasi Rasmi".Makna14.01.2021
Istilah sesuai bagi "Hotspot"/"Tethering" bagi peranti pintar? Penerangan "Sharing a connection this way is called tethering or using a hotspot. Some phones can share Wi-Fi connection by tethering. Most Android phones can share mobile."Padanan bahasa Melayu bagi istilah hotspot ialah titik penghala dan istilah tethering ialah tambatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah12.09.2023
12

Kembali ke atas