apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ? | Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri. | Makna | 25.04.2019 |
Adakah istilah "serbaguna" dan "serba guna" mempunyai makna yang berbeza? Jika berlainan, adakah istilah seperti "serbaneka" berbeza maknanya dengan "serba aneka"? Ini kerana saya jumpa banyak penggunaan "serbaguna" dieja satu perkataan, tidak seperti "serba " yang lain. | Kata serba guna (dieja dengan dua perkataan) telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana dengan makna barang, alat dan sebagainya yang mempunyai pelbagai kegunaan atau fungsi (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba guna ialah: Baja serba guna mengandungi semua makronutrien asas yang diperlukan oleh tanaman. Untuk kata serba aneka dan serbaneka, kedua-dua bentuk kata ini telah diterima dan telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang membawa makna pelbagai aneka atau bermacam jenis (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba aneka dan serbaneka ialah: Kedai itu menjual barangan plastik serba aneka.•Aku berpusing-pusing lagi di sekeliling gerai yg bertimbun-timbun dgn serbaneka sayur-sayuran dan buah-buahan. | Ejaan | 14.03.2025 |