Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menganggap memandang (sesuatu atau seseorang) sbg, berpendapat bahawa: mereka ~ dia orang yg tidak boleh diharap; buku itu dianggap paling penting utk mem­bantu pelajarannya; anggapan kesimpulan (sikap) terhadap se­seorang atau sesuatu, pandangan, pendapat, sangkaan: buku itu membayangkan ~ hidup orang-orang terpelajar; ~ umum pendapat umum; pd ~nya pd sangkaannya (pandang­annya); beranggapan mempunyai anggapan (bahawa), menyangka, berpendapat: mungkin ada orang yg ~ poster samalah spt hiasan dinding atau jambangan bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menganggap membuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu. anggapan pendapat atau kesimpulan ttg sesuatu; pandangan; pendapat. beranggapan mempunyai anggapan; berpendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggap I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan jenis aktiviti Kedai Serbaneka boleh di anggap sebagai aktiviti perniagaan?Betul, Kedai Serbaneka ialah aktiviti perniagaan.Tatabahasa16.05.2011
salam, kata tanya yang manakah yang paling tepat digunakan dalam ayat di bawah? ayat: apakah/bagaimanakah perasaan kamu? kalau ayat tidak gramatis, ayat lewah, adakah masih boleh anggap betul(dalam pengajaran dan pembelajaran)? terima kasih...Ayat tanya yang betul ialah bagaimanakah perasaan kamu?
Ayat yang diterima sebagai betul terutamanya dalam peperiksaan ialah ayat gramatis.
Tatabahasa11.05.2012
Yang mana betul? 1. Dia sampai lewat di sekolah. 2. Dia lewat sampai di sekolah. Soalan: Bagi "sampai lewat" ia adalah FK dengan intinya "sampai" dan keterangannya "lewat". Tetapi kalau kita anggap "lewat sampai" sebagai FA, dengan intinya "lewat"....macam betul juga.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa03.04.2012
mengapakah pihak dbp mengambil masa yg lama untuk menjawab soalan saya. padahal soalan ini ialah soalan yang dikeluarkan untuk dijawab oleh pelajar tingkatan 3 dalam masa 1 jam sahaja. soalan ini saya anggap soalan yang mudah bagi pihak dbp. pihak dbp mempunyai tenaga kerja yang ramai dan berpengalaman dalam bidang bahasa. tidak mungkin soalan untuk pelajar sekolah menengah ini tidak mampu dijawab dalam masa yang singkat. saya telah menghantar soalan ini pada bulan ogos dan sehingga kini masih tidak menerima jawapan. mungkin pihak dbp langsung tidak mengkaji tentang soalan saya ini, tetapi hanya menghantar emel yang mengatakan soalan belum berjwb. perlukah dbp menyediakan kertas kerja atau thesis untuk menjwb soalan ini? saya masih menunggu jawapan dari pihak dbp dengan sabar. saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak.Ayat ' kami akan bersihkan kawasan belukar' sepatutnya ditulis 'kami akan membersihkan kawasan belukar' kerana ayat ini merupakan ayat aktif. Ayat 'akan kami bersihkan kawasan belukar' ialah ayat pasif seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 469-470 .Tatabahasa14.09.2007
berkaitan dengan sulaman,apakah nama yang menarik untuk membuat kertas kerja bagi sebuah syarikat yang mempromosikan sulaman ke peringkat antarabangsa?Tajuk mestilah jelas dan mudah difahami untuk menarik minat pembacanya. Antara nama kami anggap sesuai termasuklah 'Sulaman: Warisan Bangsa', walau bagaimanapun saudara boleh memilih nama lain yang bersesuaian dengan konsep kertas cadangan tersebut.Lain-lain13.01.2011
Adakah perkataan "kira" salah digunakan dalam contoh ayat ini? Saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan. Jawapan yang dicadangkan ialah "kira" salah digunakan, tetapi menurut Kamus Dewan edisi ke4, kira bermaksud fikir, rasa, anggap, contohnya Saya fikir malam nanti baru ia tiba di sini.Berdasarkan huraian dalam Kamus Dewan, perkataan kira boleh digunakan dalam konteks ayat contoh yang tuan berikan "saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan".Tatabahasa15.10.2012
asal usul perkataan kira dan maksud perkataan kiraPerkataan 'kira' berasal daripada kata Melayu asli, iaitu 'kira-kira'. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kira bermaksud 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka; 2. fikir, rasa, anggap; 3. taksiran, hitung; 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran; dan 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah merujuk Kamus Dewan Edisi Kempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna05.01.2007
MAKNA ATRIBUT- ATRIBUT

Saudara Roslina,

Makna atribut ialah 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi lambang atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat kpd golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem; 5. (Komp) kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer.

Makna23.03.2010
soalan: bagaimana untuk kita menentukan tarikh sebenar mengikut masa contoh 1: siaran langsung 'Cinta bersemi' 1 Oktober 2012 , 9.00 malam dan ulang siar 2.00 pagi soalannya: untuk ulangsiar 2.00 pagi adakah telah masuk 2 oktober? contoh 2: ( Drama 'kekasih akan disiarkan bermula Isnin 1 Oktober ): saksikan drama bersiri 'Kekasih' Mulai 1 Oktober , setiap Isnin 12.30 tgh mlm soalannya: adakah 12.30 tgh mlm di anggap sebagai 1 Oktober? Soalan 3: bagaimana untuk kita mengenalpasti penggunaan masa yang betul mengikut tarikh contoh : 1 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) dan 2 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) adakah ( tarikh adlh sbg contoh) 1 oktober= 12.00 tgh mlm - 11.59 malam (24 jam ) 2 oktober = 12.00 tgh mlm - 11.59 malam ( 24 jam ) sekian terima kasih1. Ulang siar "Cinta Bersemi" pada pukul 2.00 pagi adalah pada 2 Oktober 2012.
2. Drama bersiri "Kekasih' pada pukul 12.30 tengah malam adalah pada 2 Oktober 2012.
3. 1 Oktober 2012 (Isnin) bermula pada 12.00 tengah malam (hari Ahad - 30 September 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (1 Oktober 2012),  2 Oktober bermula pada 12.00 tengah malam (hari Isnin - 1 Oktober 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (2 Oktober 2012).
Lain-lain03.10.2012
SAYA BERLU PASATIKAN TENTANG PERKATAAN TRIBUT ADA ATAU TIDAK?HARAP DAPAT JAWAPAN SEGERA

Tiada perkataan "tribut" dalam bahasa Melayu tetapi "atribut" ada.

Atribut bermaksud:- 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi lambang atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat kpd golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem; 5. (Komp) kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer.

Lain-lain16.10.2008
12

Kembali ke atas