Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg menjadi anggota angkatan perang (askar dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg menjadi anggota dlm angkatan perang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentera (kata nama)
Bersinonim dengan askar, soldadu, perajurit, serdadu, lasykar, panglima, kesateria, pahlawan, hulubalang, militer;,
Kata Terbitan : ketenteraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rasionalnya ialah/adalah anggota tentera asing tidak berkemungkinan bersimpati dengan penduduk asli? Kenapa?Rasionalnya ialah anggota tentera asing tidak berkemungkinan bersimpati dengan penduduk asli? Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama dan kata pemeri adalah digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama.Tatabahasa24.10.2014
apakah perlu pangkat angkatan tentera disebut jika penyandang bukan seorang anggota tentera?contoh Brigeder Jeneral Tan Sri Datuk Lim.Jika seseorang itu masih berkhidmat dalam anggota tentera, maka perlu disebut pangkat tersebut tetapi jika beliau telah bersara tidak perlu disebut pangkatnya sekali, iaitu Tan Sri Datuk Lim.Lain-lain11.03.2010
Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'bagi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya untuk menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Kata sendi nama "demi" yang lebih tepat digunakan dalam konteks ayat-ayat tersebut. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 - 278.Tatabahasa22.05.2013
Salam, pembetulan bagi soalan yang diajukan semalam. Soalan yang sebenar ialah: "Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'demi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya demi menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Pandangan tuan betul, kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Walau bagaimanapun perlu diingat kata "demi" juga boleh berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Dalam ayat contoh yang diberikan kata "demi" berfungsi sebagai kata keterangan.Tatabahasa23.05.2013
apakah makna dan istilah perkataan logistikMengkikut Kamus Dewan makna perkataan logistik ialah 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsbMakna03.06.2009
apa yang di maksudkan dengan logistikKamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata logistik merujuk aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsbMakna05.03.2009
maksud bagi perkataan logistik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, logistik bermaksud : 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsb.

Untuk memudahkan saudara mencari makna perkataan, apabila melayari laman web DBP, sila taip perkataan yang dikehendaki pada menu carian spesifik. Makna perkataan yang dicari akan dipaparkan pada skrin berserta dengan sumber rujukan dan takrifan perkataan tersebut.

Makna08.03.2009
saya mencari maksud dan penggunaan perkataan DEPLOYMENT. Saya mohon bantuan TuanMaksud "deployment" ialah kerah tugas atau mengatur kedudukan. Dalam bidang Sejarah, ia bermaksud perihal menentukan kedudukan yang teratur dengan cara yang lebih strategik bagi anggota tentera dan kapal perang sewaktu pertempuran di medan perang.Makna13.05.2009
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila?Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan.Makna10.06.2008
apa perbezaan kawad dan kawatMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna12.05.2009
12

Kembali ke atas