manakah yang betul. 1.angin sepoi-sepoi. 2.angin sepoi-sepoi bahasa. | Frasa yang lazim digunakan ialah angin sepoi-sepoi atau sepoi-sepoi bahasa. | Tatabahasa | 26.07.2013 |
apa maksud orang atas angin? | Mengikut Kamus Dewan, negeri atas angin ialah negeri-negeri yang dipandang sebagai asal angin seperti India, Iran, Arab, dan juga Eropah. Maka, orang atas angin ialah orang yang berasal dari negara yang tersebut iaitu orang India, orang Iran, orang Arab dan orang Eropah. | Makna | 01.07.2014 |
Assalamualaikum. Saya ini bertanya, apakah padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan hang-glider. Adakah geluncur angin atau luncur angin. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Padanan yang sesuai untuk terjemahan "hang glider" ialah "peluncur angin". | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2019 |
Tuan, Yang mana lebih tepat; angin sepoi-sepoi bahasa atau angin sepoi-sepoi basah? | Yang betul ialah angin sepoi-sepoi bahasa. | Tatabahasa | 15.03.2007 |
1)kipas angin berputar-putar di dalam bilik 2) kipas angin berkisar-kisar di dalam bilik Sila tanya ayat yang mana paling gramatis. Tq | Ayat yang gramatis: Kipas angin berputar-putar di dalam bilik. | Tatabahasa | 13.05.2018 |
ayat yang mana dianggap betul: a) kamu ingin makan angin ke Pulau Pangkor atau Langkawi? b)kamu ingin makan angin ke Pulau Pangkor atau ke Langkawi? | Ayat yang betul ialah "Kamu ingin makan angin ke Pulau Pangkor atau Langkawi?" | Tatabahasa | 30.08.2013 |
Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan 'semilir'.. adakah semilir perlu didahului dengan perkataan angin semilir atau bayu semilir. Atau semilir boleh berdri sendiri tanpa angin atau bayu. Contoh ayat 1. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran semilir petang. 2. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran angin semilir petang. | Salam sejahtera, Semilir wujud dalam rangkap ganda perkataan silir-semilir yang bermaksud bertiup perlahan-lahan. Dalam wacana bahasa perkataan ini perlu ditulis angin silir-semilir. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.03.2018 |
Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan 'semilir'.. adakah semilir perlu didahului dengan perkataan angin semilir atau bayu semilir. Atau semilir boleh berdri sendiri tanpa angin atau bayu. Contoh ayat 1. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran semilir petang. 2. Waktu itu amat mendamaikan dengan kehadiran angin semilir petang. | Semilir wujud dalam rangkap ganda perkataan silir-semilir yang bermaksud bertiup perlahan-lahan. Dalam wacana bahasa perkataan ini perlu ditulis angin silir-semilir. | Tatabahasa | 21.03.2018 |
Ayat-ayat berikut yang manakah tepat dan betul? (a) Layang-layang yang ditiup angin itu telah melayang dengan pantas ke udara (b) Layang-layang yang ditiup angin itu telah menerbang dengan pantas ke udara (c) Layang-layang yang ditiup angin itu telah berterbangan dengan pantas ke udara | Berikut adalah perbezaan perkataan (i) melayang yang bermaksud terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung- katung di udara. (ii) berterbangan bermaksud terbang atau melayang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak Maka ayat yang betul dan tepat ialah "Layang-layang yang ditiup angin itu telah berterbangan dengan pantas ke udara" | Tatabahasa | 12.12.2015 |
1. makan angin di Tanah Tinggi Cameron 2. makan angin ke Tanah Tinggi Cameron Ayat manakah yang betul? | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ayat yang lebih tepat ialah "makan angin ke Tanah Tinggi Cameron." | Tatabahasa | 16.03.2013 |