Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya ingin mendapat kepastian berkaitan penulisan yang tepat bagi tatacara penggunaan angka dan perkataan dalam kurungan seperti berikut : i) Bilangan 1 - 9, contohnya 5 unit dinyatakan sebagai 5(lima) unit ii) 10 - 99, contohnya 55 unit dinyatakan sebagai 55(lima puluh lima) unit iii) 100 - 999, contohnya 555 unit dinyatakan sebagai 555 (lima ratus lima puluh lima) unit. Bolehkah bagi penulisan angka puluh,ratus dan ribu ditulis angka sahaja tanpa dinyatakan perkataan dalam kurungan. Mohon penjelasan bagi penulisan yang tepat. Terima kasih. Yang Benar, Halmi Ahmad | Menurut Gaya Dewan Edisi Ketiga, terdapat cara untuk menulis nombor dalam ayat, iaitu, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya manakala nombor 10 ke atas boleh menggunakan angka sahaja. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
Salam, Yang manakah penggunaan yang lebih tepat dan mengapa? Menubuhkan satu/suatu jawatankuasa Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat adalah “Menubuhkan satu jawatankuasa”. Satu bermaksud 1 angka yang dilambangkan dengan 1, i dan I, yang merupakan angka terkecil yang boleh dibilang, dan hadir sebelum angka 2, ii dan II, 2 yang paling tinggi bagi pangkat, kelas dan sebagainya, 3 yang kedudukannya, penarafannya pada tingkat permulaan atau paling rendah, 4 yang itu sahaja, 5 kurang daripada dua jumlahnya, 6 merujuk pada sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 7 sekalian yang ada, seluruh atau semua sekali, 8 merujuk pada tempat, waktu dan sebagainya yang sama. Suatu bermaksud 1 merujuk masa, hari, peristiwa dan lain-lain yang tidak dinyatakan secara tepat, 2 merujuk sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 3 satu sahaja, 4 tiap-tiap satu, 5 pertama-tama atau yang pertama. Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1972 dan 2157. | Lain-lain | 05.06.2025 |
Salam sejahtera Tuan. 1. Apakah perbezaan antara mengira, menghitung dan membilang dalam konteks matematik? 2. Apakah beza antara nombor, angka dan digit dalam konteks matematik? Mohon pihak Tuan boleh memberikan contoh supaya lebih jelas dengan penggunaan perkataan yang tersebut di atas. Sekian, terima kasih. | 1. Mengira, membilang, menghitung merupakan kata sinomin dalam konteks matematik yang merujuk kepada perbuatan mengira, membilang atau menghitung untuk mengetahui banyaknya atau jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); Dia ~ wang yg baru diterimanya. 2. Angka/ Nombor: Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, … 3. Digit: Simbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit. | Lain-lain | 22.01.2019 |
Mel Ahmad Bagaimana tentang tanda sempang - dengan 90-an, hamba-Nya | Penggunaan sempang i. kata ulang contoh anak-anak, ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, contoh hamba-Mu, pro-Malaysia, v. merangkaikan ke dengan angka, contoh, ke-125, ke-2000. vi. hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah contoh alat pandang-dengar. Tanda sempang (-) juga digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September. | Ejaan | 09.01.2017 |
bagaimana cara yang tepat mengunakan tulisan nombor dan angka dalam penulisan dokumen rasmi? contoh: terdapat sebanyak lima (5) projek perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) tahun. perlukah kurungan tersebut? | Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat, gaya penulisan nombor dalam ayat seperti yang berikut: 1. Nombor pada permulaan ayat Nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar. Contoh: a) Lima belas orang pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki telah menerima anugerah pelajar cemerlang. b) 1957 ialah tahun kemerdekaan bagi negara ini. 2. Nombor dalam ayat a) Nombor sifar hingga sembilan hendaklah dieja. Contoh: Polis menemui lima bungkusan berisi wang yang telah ditinggalkan oleh perompak. b) Semua nombor dalam ayat boleh dieja atau ditulis dengan angka jika lebih daripada sembilan tetapi penulisannya hendaklah selaras. Contoh: i. Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan dua ratus buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. atau ii. Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan 200 buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat, muka surat 161-162. | Ejaan | 07.11.2023 |
mengenal pasti atau mengenalpasti. horamat menghormati atau hormat-menghormati. terangkan sedikit tentang penggunaan tanda sempang. | Penggunaan sempang i. kata ulang cth. anak-anak,ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. Terima kasih. | Lain-lain | 19.11.2006 |
salam...saya ada satu soalan kepada pihak DBP, soalan saya adalah bagaimana penggunaan tanda sempang (-) dalam konteks Bahasa Malaysia yang betul dan sebenarnya? terima kasih. | Encik Zairin, Penggunaan sempang i. kata ulang cth. anak-anak, ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris, iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cth. hamba-Mu, pro-Malaysia,v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. Terima kasih. | Tatabahasa | 14.06.2010 |
mohon penjelasan penuh dari segi tatabahasa malaysia (cth; kata kerja, kata bilangan dan sebaginya); ayat berbunyi: (abang ceraikan kakak kamu, cerai,cerai,cerai) | 1. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP. 2.Kata bilangan boleh dibahagikan kpd. dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, cth: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dgn. angka, cth: 2, 30, 49). Untuk makluman, kata ordinal kesatu boleh bertukar ganti dengan pertama yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit. 2. Kata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas). Kata kerja tak transitif - kata kerja yg. tak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini boleh dibahagikan kpd. dua subgolongan, iaitu: i) Kata kerja tak transitif berpelengkap (cth: Mereka tinggal di kampung, dia menjadi guru) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (cth: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 140- 145. | Tatabahasa | 25.04.2012 |
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih. | Kata Ganda Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut: anai-anai = اناي٢ baik-baik = باءيق٢ kupu-kupu = کوڤو٢ Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak. (i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut: mudah-mudahan = موده-مودهن zaman-berzaman = زمان-برزمان lama-kelamaan = لاما-کلاماءن (ii) Penulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut: bolak-balik = بولق-باليق lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan: bersama-sama =برساما-سام bersuka-suka = برسوکا-سوک semata-mata = سماتا-مات | Lain-lain | 14.03.2022 |
Salam sejahtera. 1. “Azman hendak melihat perarakan tetapi sudah tamat”,”Azman hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat”. Ayat manakah yang betul? Adakah perkataan ‘perarakan’ diperlukan selepas ‘tetapi’? 2.Dalam bahasa Malaysia, kata kerja transitif “men...kan” diikuti oleh objek manakala “men...i” diikuti oleh manusia. Sebagai contoh, “Bapa menghadiahi Ali sebuah buku”,”Bapa menghadiahkan sebuah buku kepada Ali”. Akan tetapi, terdapat sesetengah ayat yang tidak mengikut hukum tersebut. Contohnya, “Mereka menguasai sektor ekonomi”,”Peluru mengenai sasaran”. Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku? 3.Dalam kesusasteraan Melayu lama, terdapat perkataan “sekalian peristiwa”. Apakah maksud sebenar yang didukung oleh perkataan tersebut? 4. Apakah cara penulisan yang paling sesuai untuk kata bilangan berangka seperti kedua(ke-2), kelima puluh(ke-50) dalam tulisan rasmi? Adakah tanda sempang(-) dengan angka mesti digunakan ataupun tulisan dalam perkataan sudah memadai? 5. Penulisan kata bilangan ke-56 ditulis dalam bentuk “kelimapuluh enam” ataupun “kelima puluh enam”? | Jawapan 1. Kedua-dua ayat adalah betul. Akan tetapi ayat pertama lebih gramatis, iaitu tidak perlu mengulangi perkataan “perarakan” 2. Bukan semua kata kerja transitif “men...kan” dan “men...i” harus mengikut peraturan tersebut. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207: (II) Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN- ... –kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan men-...-i menerima objek yang bernyawa. Contohnya: a. Ali memberi kucing makanan b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Apabila disebut bagi kata kerta tertentu bermaksud bukan semua kata kerja. Banyak kata kerja berapitan men...i yang tidak diikuti oleh objek bernyawa: -Mereka cuba melupai peristiwa itu -Hujan membasahi jemurannya. -Air hujan memasuki rumah kami. Untuk lebih faham, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 202 -208. 3. “Sekalian peristiwa” bermaksud semua peristiwa atau keseluruhan peristiwa. 4. Penulisan angka boleh digunakan dengan ejaan penuh atau ditulis angka sahaja dalam tulisan rasmi. Walau bagaimana pun mengikut buku Gaya Dewan apabila menulis dalam ayat, bilangan 1 hingga 9 dieja penuh, (seperti satu, dua....sembilan). Manakala bilangan 10 dan ke atas ditulis dengan angka (10, 12, 20, 31, 105 dsb). Jadi apabila ditambah ke, menjadi kedua, kelapan, ke-10, ke-50. Akan tetapi jika bukan dalam ayat, seperti tajuk atau nama khas sesebuah program atau majlis, boleh ditulis dengan angka sahaja walaupun bilangan itu kurang daripada 10. Contohnya “Anugerah Enovasi Ke-8”. 5. Kelima puluh enam | Lain-lain | 30.10.2014 |