Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angka-angka 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah angka 1, 2, 3 dan seterusnya dinamakan angka Arab? Jika benar, mohon nyatakan sebabnya.Angka 0, 1, 2, 3 .... 9 digelar angka Arab kerana angka-angka tersebut berevolusi daripada angka Arab. Angka tersebut dikatakan diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh orang Arab daripada Afrika Utara dan istilah "angka Arab" digunakan hinggalah hari ini.Istilah16.11.2009
Mohon pencerahan mengenai gaya penulisan angka yang betul: 1.Angka 10,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 10,000 atau jarak seperti 10 000 atau ditulis rapat seperti 10000. 2.Angka 7,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 7,000 atau jarak seperti 7 000 atau ditulis rapat seperti 7000. 3.Angka 200,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 200,000 atau jarak seperti 200 000 atau ditulis rapat seperti 200000.Merujuk kepada soalan anda,  angka bagi ketiga-tiga soalan menunjukkan bahawa jumlah digit melebihi  empat digit. Oleh itu,  susunan yang betul ialah  tiada koma tetapi dijarakkan seperti 10 000,  7 000 dan 200 000 atau lebih mudah dijadikan 10 ribu, 7 ribu dan 200 ribu.Lain-lain07.07.2017
salam sejahtera tuan, mana yang betul : satu setengah jam atau satu jam setengah / satu setengah kilometer atau satu kilometer setengah. Lebih bermakna bagi saya jika tuan dapat sertakan alasannya. terima kasih.Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Penulisan angka - 1 ½ km
Penulisan frasa - satu kilometer setengah
Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu:
Penulisan angka - RM1.50
Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen
Istilah25.07.2009
Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasihSatu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat.Tatabahasa21.04.2010
Tuan/puan, Saya ingin mendapat penjelasan tentang penggunaan tatabahasa yang betul : 'satu setengah jam' atau 'satu jam setengah'? Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu:
Penulisan angka - RM1.50
Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen
Lain-lain29.10.2010
antara berikut yang mana satukah betul: a) satu setengah jam b) satu jam setengah -harap berikan rumus untuk permasalahan di atasPenggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu:
Penulisan angka - RM1.50
Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen
Tatabahasa08.07.2011
satu jam setengah @ satu setengah jamPenggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Ejaan19.08.2006
satu jam setengah atau satu setengah jam, mana yang betul?Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Lain-lain12.10.2008
Satu jam setengah atau satu setengah jam Manakah yang betul ? Merujuk kamus dewan adalah satu setengah jam, TETAPI satu dan setengah adalah bilangan, adakah ia boleh bergabung bersama.Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu:
Penulisan angka - RM1.50
Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen
Lain-lain24.06.2022
Salam 1Bahasa. satu jam setengah atau satu setengah jam Terima kasih DBP.Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Tatabahasa22.10.2012
123456789

Kembali ke atas