| Adakah boleh diterjemah "space" (dalam bidang aeroangkasa) sebagai angkasa lepas, atau angkasa sahaja? Adakah terdapat perbezaan antara angkasa dan angkasa lepas? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "space" ialah angkasa. Angkasa lepas ialah padanan bahasa Melayu untuk "outer space". | Istilah | 22.01.2014 |
| Assalamu'alaikum WBT dan selamat sejahtera, Saya ada satu soalan, terdapat sesetengah perkataan Inggeris yang apabila diterjemahkan ke bahasa Melayu menjadi dua perkataan. Contohnya, Space = Angkasa lepas. Soalan saya ialah, adakah huruf besar perlu diletakkan pada huruf pertama bagi kedua-dua perkataan bahasa Melayu itu atau hanya pada perkataan pertama? Contohnya, Space = Angkasa lepas, atau Space = Angkasa Lepas. Salam hormat, terima kasih. | Perkataan “angkasa lepas” merupakan kata nama am, maka tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya. Sekiranya perkataan ini menjadi tajuk, maka barulah ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya. | Tatabahasa | 25.03.2014 |
| 1)Malaysia berjaya melancarkan dua buah satelit di angkasa leaps.(Adakah penggunaan (di) betul. 2)Satelit itu berada di ruang angkasa lepas.(betul) | Untuk ayat (1), jawapan yang lebih tepat ialah "ke" dan bukan "di". Malaysia Berjaya melancarkan dua buah satelit ke angkasa lepas. Untuk ayat (2), penggunaan sendi "di" adalah betul. Satelit itu berada di ruang angkasa lepas. | Tatabahasa | 07.09.2016 |
| APAKAH MADSUD DAN KEPENTINGAN AEROANGKASA | Menurut Kamus Dewan ke-4, Aeroangkasa ialah bidang yang berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa lepas. Dalam era globalisasi, bidang ini penting kerana ia seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini. | Makna | 27.12.2007 |
| Adakah perkataan 'lepas' dalam angkasa lepas merujuk kepada segalanya yang kita lihat di angkasa adalah dari masa lampau? | "Angkasa lepas" ialah padanan bahasa Melayu untuk "outer space".
| Istilah | 24.03.2022 |
| Apakah padanan kata dalam bahasa Melayu bagi istilah Inggeis space probe? Terima kasih. | Padanan dalam bahasa Melayu bagi "space probe" ialah penjelajahan atau penerokaan angkasa lepas. | Istilah | 22.05.2009 |
| Saya bertanyakan tentang 'spacewalk' dan telah disuruh untuk kemukakan konsep dan bidang istilah. Konsep: angkasa lepas Bidang istilah: Aeroangkasa | Melalui semakan kami belum ada lagi padanan kata spacewalk dalam bahasa Melayu. Tiada terjemahan khusus, lazimnya dalam wacana digambarkan atau dihuraikan keadaan atau perbuatan spacewalk tersebut seperti terapung di angkasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2014 |
| Salam. Bolehkah saya dapatkan padanan terjemahan yang sesuai bagi Search for ExtraTerrestrial Intelligence (SETI) dalam bidang angkasa lepas. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Search for Extraterrestrial Intelligence (SETI)" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk setiap perkataan yang diberikan seperti yang berikut: 1. search - carian/gelintar 2. extraterrestrial - ruang angkasa/luar bumi 3. intelligence - risik Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Carian Risik Ruang Angkasa. | Istilah | 14.01.2013 |
| Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "space walk"? Space walk merupakan salah satu aktiviti luar kenderaan yang dilakukan angkasawan bagi menyelenggara atau menjalankan operasi di luar stesen angkasa, yang melibatkan mereka 'berjalan' di ruang angkasa lepas. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: space walk - jejak angkasa Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 22.06.2021 |
| imbuhan meng- pada perkataan menghujani mempunyai makna atau tidak ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud menghujani ialah mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan. | Makna | 05.11.2009 |