siapakah angkasawan pertama? | Jika soalan ini merujuk angkasawan pertama Malaysia, namanya ialah Dr Sheikh Muzaffar Sheikh Shukur. Sekiranya merujuk angkasawan dunia, sila rujuk Pusat Sains Negara. | Lain-lain | 12.02.2008 |
Salam sejahtera, Tuan, Apakah jawapan yang tepat bagisoalan yang berikut: Datuk Sheikh Muzhapar ___________ rakyat Malaysia yang amat dikagumi kerana beliau __________ angkasawan Malaysia yang pertama. ialah...ialah @ adalah...ialah Sekian, terima kasih. | Datuk Sheikh Muzhapar ialah rakyat Malaysia yang amat dikagumi kerana beliau ialah angkasawan Malaysia yang pertama. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
Kata dasar “pengebumian” ialah “ke bumi”. Dengan berdasarkan makna yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ke bumi bukanlah bermakna “masuk ke dalam bumi” melainkan berada di bumi (angkasawan kembali ke bumi) dan kena pada tanah (jatuh ke bumi, tumpah ke bumi). Dapatkah kita katakan “ke bumi” dalam konteks “pengebumian” ialah kiasan yang maksud sebenarnya ialah “dimasukkan ke dalam lubang kubur”? | Sdr. miarmgu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Pertanyaan sdr. (soalan yang ditanyakan), dimasukkan ke dalam lubang kubur, jika melihat makna yang diberikan dalam kamus pelajar ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. Kata-kata tersebut boleh memberi makna yang sdr. maksudkan. | Makna | 23.02.2009 |