Rujuk kepada tajuk berikut: "Program projek anak angkat dan kempen penanaman pokok". Untuk makluman, sebenarnya program ini berkaitan dengan hal landskap fizikal sahaja, maka apakah betul atau salah penggunaan istilah "projek anak angkat" itu atau istilah tepatnya sekadar "projek angkat" digunakan? Apakah ini pendekatan ini boleh diambil dalam semua hal yang tidak melibat anak (manusia)?. Sila nasihat dan terima kasih. Wassalam. | Nama yang sesuai ialah 'Projek Angkat dan Kempen Penanaman Pokok'. Dalam hal ini hanya konsep anak angkat digunakan dalam menamai projek tersebut dan tidak melibatkan pengambilan anak(manusia). | Tatabahasa | 22.04.2009 |
Beberapa orang pemuda angkat kereta yang terbenam di dalam lumpur itu. munsyi, angkat wajarlah digantikan dengan kata apa? TQ | jawapan yang sesuai ialah mengangkat atau mengalihkan | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Salam sejahtera, Maaf, saya ingin bertanya sekali lagi (sudah masuk kali ke tiga) Ayat ini : Semua peserta angkat berat itu " begitu hebat - hebat belaka " . Adakah ayat ini gramatis ? Sekiranya ayat tersebut berbunyi : Peserta - peserta angkat berat itu begitu hebat - hebat belaka . (tidak gramatis, sepatutnya penggandaan dilakukan pada subjek ATAU pada kata adjektif HEBAT shj, salah satu.) Sekiranya ayat itu gramatis : Mengapa " kesemua peserta " (plural) boleh diikuti dengan " hebat - hebat " (bermaksud jamak juga) ? Kata penguat " begitu " boleh disusuli dgn kata penguat belakang ( sekali ) ? Terima kasih ! ChoyHH (choy862003@yahoo.com) | Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka, ayat ini tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah 'Semua peserta angkat berat itu begitu hebat' kerana subjek dalam bentuk jamak dapat diikuti dengan predikat dalam bentuk tunggal. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
maksud anak kandung,anak tiri,anak angkat | terima kasih kerana menghubungi knbdbp.- anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg terdahulu ini dikatakan anak tiri manakala anak angkat ialah Anak orang lain yang tidak mempunyai pertalian darah yang diambil untuk dipelihara dan dibesarkan secara sah mengikut undang-undang atau adat seperti anak sendiri. manakala anak kandung adalah anak sendiri.
| Istilah | 21.10.2009 |
saya tidak dapat angkat tangan lagi. adakah ayat ini betul. kalau tidak boleh tolong berikan penerangan. saya tidak faham jawapan yang telah diberi oleh tuan. bolehkah tuan memberi penerangan yang lebih lanjut lagi. terima kasih | Yang betulnya ialah 'saya tidak dapat mengangkat tangan lagi'. Angkat bukan kata perbuatan. | Tatabahasa | 09.11.2009 |
bagaimana sebutan yg betul bagi perkataan seperti mengangkat,mengambil,? adakah meng angkat atau me ngang kat, me ngam bil atau meng ambil? tkasih | Sebutan yang betul ialah: me - ngang - kat dan me - ngam - bil. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Encik, Antara dua ayat berikut, manakah yang betul? 1. Batu itu dapat saya angkat. 2. Batu itu terangkat oleh saya. Persoalannya, ayat pasif untuk kata diri pertama 'saya' bolehkah didahului perkataan 'oleh'? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul. Ini berdasarakan penerangan berikut. Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek sebagai judul. Apabila objek (selepas kata kertja transitif) hendak ditekankan, maka objek itu dibawa ke hadapan. Bentuk ayat aktif ditukar menjadi bentuk ayat pasif. Bentuk kata kerja berawalan meN.... (mengangkat) dalam ayat aktif bertukar menjadi bentuk di- dan diikuti kata sendi oleh... | Tatabahasa | 05.04.2009 |
Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang | Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai persetujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan. | Lain-lain | 10.05.2009 |
Apakah maksud bagi kata majmuk yang berikut: 1. Bulan mengambang 2. Atur mada 3. Atur acara 4. Atur program 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Alas pintu 8. Jalan tengah 9. Apakah perbezaan antara ibu negeri dan ibu negara? Terima kasih atas balasan tuan. | 1. Bulan mengambang ialah bulan penuh yang bercahaya dan kelihatan seolah-olah mengapung di udara. 2. Atur mada tiada dalam data rujukan kami. 3. Dalam data kami , ada perkataan atur cara yang bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll): Untuk makna frasa lain, puan boleh menggunakan prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan tersebut. | Tatabahasa | 04.12.2013 |
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong' | Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat) Sinonim kata potong = kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat) | Istilah | 05.04.2009 |