apakah perlu pangkat angkatan tentera disebut jika penyandang bukan seorang anggota tentera?contoh Brigeder Jeneral Tan Sri Datuk Lim. | Jika seseorang itu masih berkhidmat dalam anggota tentera, maka perlu disebut pangkat tersebut tetapi jika beliau telah bersara tidak perlu disebut pangkatnya sekali, iaitu Tan Sri Datuk Lim. | Lain-lain | 11.03.2010 |
Assalammualaikum, saya merupakan pegawai di dalam Angkatan Tentera Malaysia, saya bertugas di dalam pembuatan manual baru untuk Tentera Darat Malaysia. Justeru, saya amat memerlukan kamus ejaan Bahasa Malaysia yang betul untuk menyiapkan setiap manual baru yang diterbitkan. Masalah saya adalah untuk memastikan penggunaan ayat yang digunakan betul mengikut ejaan Bahasa Malaysia standard yang digunakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya mohon pihak tuan dapat memberi panduan untuk saya memperolehi melalui cari internet atau melalui dewan bahasa dan pustaka. Terima kasih atas perhatian pihak tuan. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layarihttp://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selain itu, DBP juga ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Sdr. boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388 | Lain-lain | 07.11.2010 |
ajutan | ajutan-pegawai tentera yang menolong panglima atau ketua angkatan tentera dalam urusan pentadbiran | Makna | 28.06.2011 |
Mohon cadangkan ke dalam Bahasa Malaysia "Intelligence Based Warfare" di mana "Intelligence" yang di maksudkan bukan bererti perisikan tetapi dari konsep "cognitive" atau kepintaran selain dari 'Peperangan Berasaskan Kepintaran'. | Encik Mohd Shahril, Cadangan saya kita boleh juga gunakan peperangan kepintaran namun untuk lebih tepat sila rujuk buku istilah angkatan tentera yang diusahakan bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jawatankuasa Istilah Angkatan Tentera. | Istilah | 18.05.2010 |
Definasi keberkesanan, budaya, senggaraan dan tentera darat yang betul di dalam bahasa melayu. | Keberkesanan ialah perihal berkesan. Budaya bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran, akal budi dan sebagainya. Senggaraan atau penyenggaraan ialah perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu. Tentera darat ialah bahagian angkatan perang yang bertugas di daratan | Makna | 06.04.2010 |
Saya ingin bertanya adakah singkatan bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di tulis JAKIM ataupun Jakim. Mohon jawapan berserta penjelasan daripada pihak tuan kerana terdapat percanggahan pendapat berhubung perkara ini di pejabat kami. Terima kasih. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Ejaan | 04.12.2013 |
Terima kasih atas jawapan bagi soalan-soalan saya yang terdahulu. Saya amat hargai. Singkatan nama Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan "DBP", Kementerian dalam Negeri "KDN", "MAMPU", "INTAN" dan sebagainya. Bagaimana pula sewajarnya singkatan nama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia? Adakah ada kaedah tertentu sama ada menggunakan "JAKIM" atau "Jakim"? Persoalan huruf kecil atau huruf besar. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas jawapan tuan. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Tatabahasa | 31.01.2013 |
maksud perkataan Perwira dan Satria | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani; | Istilah | 18.06.2009 |
Aslmkm. Tolong senaraikan Badan-badan bukan kerajaan yang boleh saya sertai untuk mempertahankan Bahasa Melayu. | Antara Badan-badan bukan kerajaan yang mempertahankan bahasa Melayu, ialah Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Badan Bahasa Sabah (BAHASA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)8, Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS), Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) dan sebagainya. | Lain-lain | 15.01.2011 |
1)bagaimanakah ejaan "kongres" terhasil? 2)bilakah berlaku kongres bahasa dan persuratan melayu yang pertama? siapakah yang terlibat? dimanakah dan bilakah kongres itu berlangsung? apakah yang dibincangkan semasa kongres tersebut? 3)bagaimana pula dengan kongres kali kedua dan ketiga? seperti diatas.. 4)sekarang kali ke berapakah kongres diadakan? kali ke-7 atau ke-8? terima kasih | Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu. Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu I, diadakan di Special Hall, Sea View Hotel, Singapore, pada 12 dan 13 April 1952. Kongres ini anjurkan oleh persatuan yang menjadi kerabat Kongres, dipelopori oleh Angkatan Sasterawan ’50. Oleh sebab itu tujuan utama Kongres ini lebih kepada menjaga kepentingan ahli-ahli kerabat Kongres. Dengan demikian, Kongres memberi perhatian kepada pembentukan PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. Tidak ada kertas kerja dibentangkan, tetapi tumpuan perbincangan berkisar pada isu-isu berikut: a. Perlunya ada usaha mempersatukan badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. b. Badan-badan ini menjadi pihak yang mengambil keputusan muktamad atas sebarang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. c. Adanya keperluan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut kongres sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan di pusat pengajian tinggi. | Lain-lain | 26.06.2008 |