Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.kuh] | اڠکوه

Definisi : mempunyai sifat atau watak suka me­ninggi diri, congkak, sombong, pongah, ting­gi hati: orang yg sombong dan ~; sifat ~; mengangkuhkan; ~ diri membuat diri kelihatan angkuh, menyombongkan diri, meninggi-ninggikan diri; keangkuhan sikap yg angkuh, ketinggian hati, kecongkakan: ~ golongan atasan boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.kuh] | اڠکوه

Definisi : Mn rupa, serupa (dgn); ~ terbawa, tampan tinggal prb baik rupanya, tetapi tidak baik sikapnya (memperolok-olokkan orang yg pesolek). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.kuh] | اڠکوه

Definisi : suka menganggap diri sendiri lebih tinggi (cerdik, kaya dll) drpd orang lain; sombong; congkak: Orang yg ~ dibenci oleh masyarakat. keangkuhan sikap angkuh; kesombongan: ~nya menyebabkan orang benci kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkuh

Peribahasa

Buta baru celik (= melihat).

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata ganti diri yang mana paling tepat?: 1. . Perbualan antara Tengku Nong dan pemuda kampung a) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang hamba?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. b) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang patik?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. c) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh.1. "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua semua selamat, lebih baik jangan ingkar. Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh.Tatabahasa23.04.2013
MAKNA PERKATAAN DALAM KAMUS DEWAN

Perkataan bermaksud  1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata. Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna17.04.2009
Apakah maksud eragon?Perkataan tersebut tiada dalam rujukan kami. Mengikut pengetahuan kami, eragon ialah watak dalam filem Barat. Bagaimanapun, perkataan yang hampir ejaan dengan eragon ialah 'arrogant' yang bermakna angkuh mengikut Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna08.02.2009
Satu perkataan yang menyifatkan "Rendah diri" atau sejenis bunga/tumbuhan yang menyifatkan demikian bagi menamakan sesebuah tamanSoalan saudara tidak jelas. Bagaimanapun, makna "rendah diri" ialah sikap seseorang yang suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak), baik hatinya.Makna16.01.2008
Bahasa taboo masyarakat melayu sarawak. senaraikan 1 perkataan berkenaan dan kenapa taboo perkataan itu.Taboo ialah larangan atau perkara larangan ataupun pantang larang. Dalam konteks bahasa taboo masyarakat Sarawak, contoh perkataan taboo ialah 'lawa' yang bermaksud sombong atau angkuh.Istilah09.01.2008
Tolong beri takrif - Bandingan Semacam berserta senarai bandingan semacamMaklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Namun melalui carian di Internet, kami temukan beberapa maklumat yang boleh membantu saudara. Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contohnya adil macam hakim, angkuh macam merak dan bebas macam burung.
Tatabahasa13.03.2013
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks
  • bangunan

    sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;
  • wisma

    • 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.

    menara

    • bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang

    kompleks

    • (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
    Makna30.09.2009

    Kembali ke atas