Apakah perbezaan penggunaan kata angkat dan angkut dalam ayat bahasa Melayu baku dan padanan Inggeris - Melayu? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata angkat mempunyai 4 makna, dan makna pertama ialah meninggikan, menaikkan ke atas. Bagi kata angkut pula bermaksud mengangkat dan membawa.
| Makna | 14.11.2018 |
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong' | Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat) Sinonim kata potong = kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat) | Istilah | 05.04.2009 |
Salam, apakah kata kerja yang sesuai untuk perbuatan ibu/bapa yang meletakkan/mendudukkan anak di belakang leher (biasanya untuk menyaksikan sesuatu pertunjukan di celah-celah orang ramai) | Mengikut Kamus Dewan, kata “tanggung” ada antara maknanya ‘membawa di atas bahu barang dan lain-lain yang berat-berat’. Kata ‘bawa’ boleh bersinonim dengan perkataan berikut mengikut konteks penggunaan - angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung | Istilah | 20.02.2014 |
Pohon penjelasan maksud PERHENTIAN BAS,TEMPAT MENUNGGU BAS,STESEN BAS | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perhentian bermaksud tempat berhenti (bas, teksi, dll). Oleh itu, perhentian bas bermaksud tempat bas berhenti. Sama maksud dengan tempat menunggu bas. Stesen bas pula bermaksud sebuah tempat di mana pengguna bas dapat perkhidmatan asas, tentang pembelian dan penempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem angkut bas awam. | Makna | 28.09.2010 |