| Perkataaan berikut merupakan berapa suku kata? a)siasat b)harimau c)aniaya Apakah kedudukan diftong di dalam persukuan kata? Jika KVV tidak termasuk di dalam 11 pola suku kata yang umum. | Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan: a) siasat - si-a-sat b) harimau - ha-ri-mau c) aniaya - a-ni-a-ya Pemenggalan suku kata untuk kata yang mengandungi diftong: a) am-boi b) wa-hai | Ejaan | 29.03.2012 |
| Vowel dalam Bahasa Melayu. Saya sudah biasa dengan vowel a, e, e, i, u dan o. Tapi semasa merujuk laman Omniglot http://www.omniglot.com/writing/malay.htm saya mendapati "ai", "au" dan "oi" turut disenarai sebagai vowel, benarkah ketiga-tiga ini vowel dlm BM. Bagaimana dgn "ia" yg terdapat dlm aniaya dan ialah? | Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, vokal dalam bahasa Melayu ialah a, e (pepet), e (taling), i, u dan o. Diftong ialah "ai", "au" dan "oi". Perkataan "ia" dalam perkataan aniaya dan ialah tidak tersenarai dalam maksud vokal dan diftong. | Tatabahasa | 06.06.2017 |