Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. of, rel to or derived from animal, haiwan, binatang: ~ life, kehidupan haiwan; ~ community, masyarakat haiwan; ~ behaviour, kelakuan binatang; ~ fat, lemak binatang; ~ science, sains peternakan; 2. characteristic of animal, [various translations]: the ~ courage of the soldier, keberanian naluriah askar itu; he showed an ~ instinct for survival, dia menunjukkan naluri kebinatangan utk terus hidup; ~ spirits, keriangan; 3. sensual, bestial, kebinatangan: ~ desire, nafsu kebinatangan; his ~ behaviour repelled her, tabiat kebinatangannya membuat gadis itu meluat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. living thing other than plants, haiwan: man is a social ~, manusia ialah haiwan sosial; 2. any mammal other than man, binatang, haiwan; 3. brutish man, (spt) binatang. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata animal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah terjemahan terbaik bagi ungkapan bahasa Inggeris berikut, "air breathing animal". Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "air breathing animal". Walau bagaimanpun, terdapat istilah "air breathing" yang padanan bahasa Melayunya ialah pernafasan udara. Oleh itu , istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah haiwan pernafasan udara.Istilah12.03.2013
Furry fandom dan funny animal adalah istilah yang digunakan untuk genre cerita berunsurkan haiwan seperti Mickey Mouse dan Goofy. Adakah sesuai saya terjemahkan sebagai "fandom berbulu" dan "haiwan kelakar" atau biarkan sahaja istilah itu dan digunapakai dalam penulisan Bahasa Melayu? Kemudian terangkan sahaja dalam konteks yang akan ditulis nanti?Belum ada lagi istilah dalam bahasa Melayu untuk Furry Fandom dan funny animal.  Tuan/puan boleh menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris untuk penulisan bahasa Melayu tetapi perlu ditulis dalam huruf condong (italic). Kemudian terangkan maksud istilah itu dalam konteks yang akan ditulis.Istilah18.06.2017
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan bagi istilah berikut. Semua istilah merujuk pada permainan kanak-kanak kecuali nombor 4. 1) plushy 2)soft toy 3)stuffed animal 4)plushophile 5)Teddy bear Terima kasih.Waalaikumsalam. Cadangan kami:
1. plushy =patung mainan lembut
2. soft toy = mainan lembut
3. stuffed animal = patung mainan lembut
4. plushophile = patung
5. teddy bear = beruang teddy
Penyemakan dan penterjemahan28.09.2015
Apakah istilah BM yang berlainan bagi 'feet' dan 'legs' ? Ayatnya begini: the disease may affect the ........ and the bones of the feet and legs'.

Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, feet: pl of FOOT. Manakala leg:  (limb of man, animal) kaki. Istilah 'feet' merujuk kepada bahagian kaki dari buku lali ke bawah manakala istilah 'leg' merujuk kepada bahagian kaki dari pangkal paha hingga ke buku lali.

Makna31.03.2011
Saya ingin tahu jika ada makna lain utk perkataan "attachment" dalam BM selain drpd perapatan (atau yg blh didapati dlm kamus sedia ada). Saya ingin cuba dapatkan makna dalam bahasa klasik.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, attachment bermaksudĀ n 1. means of attaching, penyambung; 2. affectionate regard, a. (to a person) rapat: he formed an ~ for a girl who worked in a travel agency, dia menjadi rapat dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah agensi pelancongan; b. (to an animal) sayang akan; c. (to a country) rasa cinta: his ~ to the old country was obvious, rasa cintanya terhadap negara asalnya nyata sekali; 3. object (to be) attached, alat tambahan: a lathe with a drilling ~, mesin larik serta alat tambahan utk menggerudiMakna26.08.2013
Apakah padanan yang bersesuaian untuk frasa 'rogue agent' yang merujuk kepada perisik yang bertindak sendiri? Terima kasihBerdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, rogue bermaksud, 1. villain, penyangak: 2. likeable rascal, nakal: 3. (attribwild, dangerous animal, meta. Daripada maksud tersebut, dari sudut bahasa, kami mencadangkan ejen nakal bagi perkataan rogue agent jika bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan20.09.2017

Kembali ke atas