Fasihah Anis Feb 16th, 4:35pm kata tugas:kata praklausa,kata penyambung ayat,kata pascakata dan kata prafrasa..boleh tak tolong listkan ap yang ad di dalamnya | Untuk makluman puan, perihal kata telah diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Takrif kata (termasuklah senarai kata) dan contoh penggunaan kata boleh dilihat dalam buku tersebut. Untuk pemahaman yang lebih mudah, puan boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Sekolah Rendah. | Tatabahasa | 16.02.2015 |
Salam. Anis menghirup air kopi yang hangat itu perlahan-lahan. Ayat tersebut boleh diterima? | Ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Anis membaca buku sementara adiknya menonton televisyen. ialah ayat majmuk jenis apa? keterangan ke? Kita harus membantu orang ketika mereka dalam kesusahan. ialah ayat majmuk keterangan ke? | Anis membaca buku sementara adiknya menonton televisyen. - ayat majmuk gabungan. Kita harus membantu orang ketika mereka dalam kesusahan. - ayat ini dibetulkan menjadi "Kita harus membantu orang yang dalam kesusahan" - ayat majmuk pancangan relatif. | Tatabahasa | 08.11.2010 |
Salam. Adakah menghirup air kopi yang hanyat itu betul? Ayat : Anis menghirup air kopi yang hanyat itu perlahan-lahan. | Ayat yang betul ialah "Anis menghirup air kopi yang panas itu perlahan-lahan." | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Puan Anis tidak tahu apakah jawaban yang hendak diberikan kepada anaknya munsyi, ayat ini bukan ayat tanya, adakah apakah tidak sesuai digunakan? TQ | Oleh sebab ayat ini bukan ayat tanya, perkataan 'apakah' tidak boleh digunakan dan tidak perlu dalam ayat ini. Ayat yang betul ialah Puan Anis tidak tahu jawapan yang hendak diberikan kepada anaknya. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
"Ke manakah _____ hendak pergi?" tanya Puan Anis kepada anak-anaknya. Jawapannya: kamu Pertanyaan: Mengapa jawapan 'KALIAN' tidak boleh diterima? | Ganti nama diri kedua kamu lebih tepat kerana perkataan kalian tidak sesuai untuk sapaan kepada anak-anak atau golongan yang lebih muda. | Tatabahasa | 14.02.2012 |
Selamat sejahtera. Saya hadapi masalah dalam pemilihan jawapan. soalan: " Wah, enak _____ kek coklat yang kamu buat ini! " kata Suraya kepada Anis. A. paling C. nian B. sungguh D. sangat Setahu saya, Kata Penguat Bebas ada tiga, iaitu amat, sungguh, dan sangat. Dalam soalan ini, adakah jawapannya ialah B dan D ? Moga-moga pihak tuan dapat membantu saya. Untuk makluman pihak tuan, saya En. Yew, seorang guru yang bertugas di SJK(C) Desa Jaya, Kepong, Selangor. Terima kasih. | Kata penguat yang tepat ialah "sungguh". "Wah, enak sungguh kek coklat yang kamu buat ini!" kata Suraya kepada Anis. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Apakah perkembangan dan peranannya? | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa alat perpaduan oleh Jemat Anis Dewan Masyarakat 01/06/1996. 2. Bahasa Melayu jambatan perpaduan oleh F. P. Chew Dewan Bahasa 01/01/2004. 3. Isu bahasa dan perpaduan oleh Kamarulnizam Abdullah Massa 24/08/2002 . 4. Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan oleh Khemlani-David, Maya. Jurnal Dewan Bahasa 01/10/1992 . 5. Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid Dewan Bahasa 01/10/2002. 6. Bahasa Perpaduan melalui media penyiaran oleh Lim Swee Tin Dewan Bahasa 01/05/2007. | Lain-lain | 24.07.2007 |
Saya berminat untuk membuat mengiklankan kolej kami di dalam dewan siswa untuk tujuan promosi pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej kami. Boleh kah pihak tuan menghantar makluman atau nama pegawai untuk saya hubungi, terima kasih. -anis- | Puan boleh menghubungi editor Dewan Siswa, haziah@dbp.gov.my dan hantar salinan e-mel (cc) kepada zubaidi@dbp.gov.my atau fauzilah@dbp.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tentang periklanan di majalah DBP. | Lain-lain | 12.12.2012 |
Acik Nana WED 9:05PM Assalamualaikum & Selamat malam.. Minta maaf sy bertanya.. Saya sedang mencari beberapa buku untuk kursus saya.. Jadi saya tidak pasti pihak DBP di bahagian mana untuk saya bertanya tentang penjualan buku.. Jadi.. Saya sertakan senarai buku yang saya perlu kan.. Ada tak pihak DBP menjual buku² ini? 1. Novel Perawan remaja dlm cenkeraman militer kaya promoedya anantha teor 2. Sastera wangi - cerpen hanya seorang perempuan, cerpen perempuan 3. Cerpen perempuan - shahnon Ahmad. 4. Cerpen perempuan - anis sabirin 5. Novel tulang² berserakan - usman awang 6. Novel TIVI | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 21.09.2016 |