Anjing saya bernama Si Putih. Bulunya panjang dan tebal. Bolehkah saya menggunakan "nya" untuk binatang ? Terima kasih. | Merujuk ayat di atas, nya boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Apakah ciri-ciri ayat pasif? | Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411. | Tatabahasa | 07.05.2007 |
apakah maksud peribahasa Di mana anjing menyalak, di situlah biawak memanjat? | Peribahasa "Di mana anjing menyalak, di situlah biawak memanjat" tidak terdapat dalam rujukan kami iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) dan Kamus Peribahasa (Abdullah Hassan) | Lain-lain | 23.06.2008 |
sekiranya didalam bahasa inggeris istilah "bagai anjing dan kucing" dikategorikan sebagai "word pairs", apakah istilahnya dalam bahasa melayu? | Bagai anjing dengan kucing ialah peribahasa atau idiom dalam bahasa Inggeris. | Lain-lain | 02.09.2009 |
Salakan anjing yang kedengaran itu. apakah kesalahan ayat ini? terima kasih. | Ayat tersebut tidak lengkap kerana tidak mempunyai predikat. Contoh ayat yang lengkap ialah "Salakan anjing yang kedengaran itu memecah kesunyian malam." | Tatabahasa | 26.08.2013 |
Bagaimana menukar ayat berikut kepada ayat pasif? Dia takut akan anjing. Terima kasih. | Ayat dia takut akan anjing bukan ayat aktif transitif. Oleh itu, ayat tersebut tidak boleh dipasifkan. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
Saya Nik-azfar Nikdeha sedang belajar Bahasa Melayu dasar, di Pusat Bahasa Antarabangsa ingin bertanya.Tentang tatabahasa melayu ayat pasif yang saya tidak faham.Terima kasih. | Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing).Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 483. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
Dadanya semakin berdebar kuat apabila terlihat seekor anjing mengekorinya dari belakang. Penggunaan kata"kuat" betul dan sesuai dalam ayat ini? | Ayat yang lebih gramatis ialah "Jantungnya semakin berdegup dengan kencang apabila terlihat seekor anjing mengekorinya". | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. A Sekalung rantai B Seurat rantai C Serawan rantai D utas rantai munsyi, apakah jawaban lebih tepat? TQ | Jawapan yang betul ialah: Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. | Tatabahasa | 25.03.2012 |
adakah dua ayat ini betul,jika tdk berikan yg betul. i) talib melempari anjing itu dengan sebatang kayu. ii) tidak terkejar olehnya layang-layang yang terputus tali itu. mohon beri jawapan ,,,,tuan. t.kasih. ..... Lee Koi | Jawapannya ialah; i) Talib melempar anjing itu dengan sebatang kayu. ii) Tidak terkejar olehnya layang-layang yang terputus tali itu. | Tatabahasa | 03.08.2009 |