tuan, harap tuan tidak marah dengan persoalan saya. Saya sedang mencari istilah yg terbaik utk bangunan saya. Apa kata kalau saya letak Nama ANJUNG menggantikan WISMA? | Anjung ialah bahagian rumah (di tengah atau di sisi) yang lantainya ditinggikan. Wisma pula ialah satu blok bangunan perdagangan atau perusahaan, Wisma merangkumi pembanguanan komprehensif dalam deretan lot rumah kedai /kedai pejabat (pembangunan melibatkan tiga lot sedia ada dan lebih). Untuk lebih lanjut, saudara boleh merujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengenal pasti kriteria bangunan yang sesuai untuk dinamakan berdasarkan ciri-ciri fizikal yang telah ditetapkan oleh PBT. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
SAYA HENDAK MEMOHON LESEN PAPAN IKLAN BAGI RESTORAN SAYA DI MPJBT SKUDAI, JOHOR BAHRU. NAMA DALAM PAPAN IKLAN : 'RESTORAN ANJUNG DESA' | Nama "Restoran Anjung Desa" boleh digunakan. Untuk pengesahan iklan klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 12.03.2013 |
Sy dh bayar untuk novel korban kasih tapi no respond | Salam sejahtera, Semakan pembelian buku. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, puan boleh menghantar pesanan mesej melalui Facebook DBPNiaga dan kemukakan info pembelian untuk semakan. Atau menghubungi talian seperti yang berikut: Anjung DBP- 03-2147 9597/03-2147 9598 Kompleks DBP Hulu Kelang - 03-41010028 / 019-2141956 Atau klik pautan ini, https:3a//dbpniaga.my// | Lain-lain | 29.05.2020 |
Dimana saya boleh mencari Kitab iapah Tafsir Mubin karangan Salahuddin Abdullah | Salam tuan budiman, Kitab tersebut boleh di beli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP, setak ini, kitab tersebut masih ada lagi stok. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih | Lain-lain | 05.11.2019 |
Salam sejahtera, apakah padanan kata yg sesuai bagi kata "balcony"? Adakah "balkoni" atau "beranda"? Mohon jawapannya. Terima kasih. | Terdapat perbezaan makna bagi perkataan "balkoni" dan "beranda". Berikut merupakan definisi untuk perkataan-perkataan tersebut: BALKONI: Definisi : 1. anjung kecil pd tingkat atas rumah bertingkat (sbg tempat berangin); 2. tempat duduk di tingkat atas pd panggung wayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat) BERANDA: Definisi : 1. ruang terbuka yg berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah: kerusi dan meja telah teratur di ~ muka utk menerima tetamu; 2. ark sj bilik dlm perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Oleh itu, tuan boleh menggunakan perkataan-perkataan ini mengikut kesesuaian.
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.10.2019 |
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasih | Kami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit). | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Saya ingin menempah semula Dewan Masyarakat. Saya pernah tempah 2 thn yg lepas. Apa perlu saya buat ? Soalan kedua ialah adakah apa majalah mengenai teknologi untuk remaja. Sila rekomen. TQ. | Salam sejahtera, Untuk makluman buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku wakil penjual ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 WhatsApp •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini https://dbpniaga.my// Majalah yang sesuai untuk teknologi remaja ialah Majalah Dewan Kosmik | Lain-lain | 20.03.2020 |
Boleh saya tahu macam mana untuk saya dapatkan bahan rujukan untuk dialek contoh seperti kamus dialek. Saya memerlukan untuk dialek kelantan | Salam sejahtera, Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// untuk makluman, kamus dialek tersebut ada dalam stok seperti lampiran. Untuk rujukan, boleh disemak melalui capaian http://pustakav2.dbp.gov.my/ atau ke perpustakaan DBP, iaitu: Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-2147 9660 | Lain-lain | 10.03.2020 |
bagaimana mahu mencari buku buku keluaran atau terbitan DBP terutama karya karya lama yang sukar didapati di umum carian masyarakat,maaf kalau sudah ada bahagian khas bagi soalan ini kerana saya tidak menjumpai sebarang petunjuk bagi carian saya.Maaf kerana meyusahkan. Saya dengan merendah hati memohon tunjuk ajar daripada tuan.Terima kasih. | Salam sejahtera, Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh di beli di kedai buku, wakil penjual ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 WhatsApp •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my// Atau melalui Katalog awam dalam talian (KAWAT) DBP atau melalui laman web pustakav2.dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.03.2020 |
Saya ada oder buku cerita di BPN sampai ke hari ini bukunya tak sampai lagi | Salam sejahtera. Perkhidmatan DBPniaga Untuk makluman, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP), urusan pembelian dan penghantaran buku melalui DBPniaga dihentikan operasi sementara waktu. Walaubagaimanapun, DBPniaga telah mula menjalankan beroperasi semula pada 4 Mei 2020 (isnin). Oleh itu proses penghantaran dan pengeposan buku akan dilakukan secara berperingkat kepada semua pembeli. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. | Lain-lain | 07.05.2020 |