Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.no.ta.si] | انوتاسي

Definisi : nota yg ditambahkan pd teks (biasanya penulisan sastera) sbg penerangan; beranotasi mempunyai anotasi: beberapa teks yg ~; bibliografi ~; menganotasi membuat catatan tambahan kpd buku (teks, manuskrip dsb) utk mem­berikan penjelasan atau keterangan lanjut; penganotasian perihal (perbuatan atau proses) menganotasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.no.ta.si] | انوتاسي

Definisi : nota atau catatan (sbg penerangan, komen dsb) yg ditambahkan pd teks penulisan sastera atau bahan bertulis yg lain. beranotasi mempunyai atau ada anotasi: teks yg ~. menganotasi membuat anotasi pd teks: Teks yg dibacanya itu dianotasi supaya lebih mudah difahami. penganotasian perihal atau perbuatan menganotasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anotasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah m istilah anotasi gambar digunakan untuk memberi maksud mencatat gambar atau memberi keterangan kepada gambar atau melabel gamabr.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, anotasi bermaksud nota yang ditambahkan pada teks (biasanya penulisan sastera) sebagai penerangan. Dalam Kamus Komputer, anotasi bermaksud, 1. Penerangan yang ditambah pada atur cara komputer untuk membantu pengguna membaca atur cara. Catatan ini mungkin berupa penerangan tambahan, selain ulasan yang terdapat dalam atur cara. 2. Keterangan atau ulasan yang disertakan dalam bahagian atur cara untuk menjelaskan makna atau tujuan bahagian tersebut. 3. Tindakan menanda semula cakera atau pita magnet. Berdasarkan huraian di atas, anotasi tidak sesuai digunakan untuk memberi keterangan kepada gambar.Makna24.01.2011

Kembali ke atas