Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “pengantar” terletak di bawah kata masukan “antar”. Kata “pengantar” terdapat juga dlm takrifan ke-5 dan ke-6. Ini bermakna KD4 juga menganggap “pengantar” ialah terbitan kata dasar “hantar”. Hal ini diperkukuh apabila adanya terbitan “berpenghantarkan” dan “berpengantarkan”. Maka ada ungkapan ber-penghantar-kan (= ber-pengantar-kan) bahasa ibunda”. Jadi, bolehkah wujud ungkapan “bahasa pengantar”? Jikalau boleh, kedua-dua ungkapan “bahasa penghantar” dan “bahasa pengantar” adalah betul. (?) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (hal.65 dan 510), kedua-dua istilah itu betul dan boleh digunakan. | Istilah | 08.02.2009 |
dapatkah pihak tuan/puan membantu dalam mencarikan saya bilangan dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukakan tentang perbincangan mengenai perbezaan di antar penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? terima kasih | Sila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994. | Lain-lain | 13.08.2007 |
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah Tuan menjelaskan perbezaan antara membatang suku kata dengan sebutan sesuatu perkataan? Guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah sering menimbulkan kekeliruan antar dua perkara ini? Perkataan contoh: 1. cuit 2. piano 3. berada 4. mengandungi 5. memasuki 6. pengunjung 7. berkenalan 8. berasaskan Harap Tuan menjelaskan perkara di atas dengan sepuhnya di samping memberikan petua atau teknik untuk membatang suku kata dan menyebut perkataan. Sekian terima. | Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004. 1. cuit (cuit) 2. piano (pia.no) 3. berada (be.ra.da) 4. mengandungi (men.ngan.du.ngi) 5. memasuki (me.ma.su.ki) 6. pengunjung (pe.ngun.jung) 7. berkenalan (ber.ke.na.lan) 8. berasaskan (ber.a.sas.kan)/(be.ra.sas.kan) | Tatabahasa | 27.03.2013 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul penggunaannya? A)begitu cantik sekali B) agak cantik sekali C) terlalu cantik sekal | Dalam penggunaan darjah penghabisan antar bentuk ayat yang betul ialah (amat, sangat, sungguh) + kata adjektif + sekali, contohnya Pemandangan di hujung desa itu amat cantik sekali. oleh itu, contoh penggunaan seperti: A)begitu cantik sekali B) agak cantik sekali C) terlalu cantik sekal adalah salah, yang betul ialah begitu cantik, agak cantik dan terlalu cantik. | Tatabahasa | 22.12.2010 |
1.Untuk catatan kehadiran dalam minit mesyuarat, adakah wakil bagi ahli dicatatkan di ruang hadir atau turut hadir. Bagaimana pula dengan penama yang diwakilkan? Adakah perlu diletakkan di bawah list TIDAK HADIR. 2.Apa pula perbezaan di antar TIDAK HADIR dengan TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN). Adakah wujud perkara ini di DBP? 3. Adakah wakil dibenarkan untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat dan adakah dikira dalam kuota mesyuarat berkenaan. | Untuk makluman puan, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh institusi atau organisasi masing-masing. Oleh itu, jawapan yang diberikan di bawah berdasarkan kelaziman yang ditemui dalam penulisan minit mesyuarat: 1. 1. Wakil ahli mesyuarat dicatatkan dalam ruangan Turut Hadir dan jika wakil tidak hadir tidak perlu dicatatkan. 2. 2. Tidak Hadir lazimnya ahli tidak memaklumkan ketidakhadirannya, manakala Tidak Hadir (Dengan Kenyataan) ahli telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya kepada pihak urus setia. 3. 3. Wakil berperanan seperti ahli mesyuarat yang lain dan boleh memberikan pendapat/pandangan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP dan rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993, Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. | Lain-lain | 28.02.2012 |
Tuan, Mohon dapat bantu mengenai persoalan yang diajukan. 1.Untuk catatan kehadiran dalam minit mesyuarat, adakah wakil bagi ahli dicatatkan di ruang hadir atau turut hadir. Bagaimana pula dengan penama yang diwakilkan? Adakah perlu diletakkan di bawah list TIDAK HADIR. 2.Apa pula perbezaan di antar TIDAK HADIR dengan TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN). Adakah wujud perkara ini di DBP? 3. Adakah wakil dibenarkan untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat dan adakah dikira dalam kuota mesyuarat berkenaan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh institusi atau organisasi masing-masing. Oleh itu, jawapan yang diberikan di bawah berdasarkan kelaziman yang ditemui dalam penulisan minit mesyuarat: 1. 1. Wakil ahli mesyuarat dicatatkan dalam ruangan Turut Hadir dan jika wakil tidak hadir tidak perlu dicatatkan. 2. 2. Tidak Hadir lazimnya ahli tidak memaklumkan ketidakhadirannya, manakala Tidak Hadir (Dengan Kenyataan) ahli telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya kepada pihak urus setia. 3. 3. Wakil berperanan seperti ahli mesyuarat yang lain dan boleh memberikan pendapat/pandangan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP dan rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993, Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. | Lain-lain | 28.02.2012 |
Apakah perbezaan maksud antara `penghantar` dengan `pengantar' ? adakah kedua-dua perkataan ini daripada kata dasar `hantar`? Bolehkah ` bahasa pengantar` disilih ganti dengan ` bahasa penghantar` dengan mengekalkan maksud asalnya? terima kasih. | 1. Penghantar ialah orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; Pengantar ialah padangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 2. sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; 2. Kata dasar bagi penghantar ialah hantar, manakala pengantar ialah antar. 3. Frasa yang betul ialah bahasa pengantar. | Makna | 09.12.2009 |
Apakah bezanya antara tentang dengan mengenai? Saya lihat beberapa keterangan di bahagian khidmat nasihat mengatakan boleh menggunakan tentang = mengenai. Jika tatabahasa baru mengatakan mengenai tidak boleh digunakan, kenapa syarikat DAWAMA menggunakan 'mengenai kami' di lamannya? | Merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual "tentang" kejadian rompakan itu. Selain itu, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang serupalah dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut: Antar laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan. | Tatabahasa | 16.12.2012 |