pada peringkat antarabangsa atau di peringkat antarabangsa? | pada peringkat antarabangsa | Tatabahasa | 08.11.2010 |
Ayat manakah yang betul? A) ....di peringkat antarabangsa. B) .....pada peringkat antarabangsa. | B) ...pada peringkat antarabangsa. | Tatabahasa | 01.08.2011 |
PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES KOLEJ ANTARABANGSA SAINS PERUBATAN PUSRAWI ATAU KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI | KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI | Lain-lain | 01.12.2010 |
Harap pihak tuan dapat beritahu yang manakah pernyataan berikut betul? 1)... sama ada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 2)... sama ada di peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 3)... sama ada di peringkat Asia mahupun di peringkat antarabangsa... | Yang betul ialah sama ada pada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa. | Tatabahasa | 26.04.2010 |
Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi untuk membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa. ada satu salah kata/istilah dan satu lagi salah tatabahasa. demi atau untuk dan satu lagi di peringkat antarabangsa ke?bagaimana dengan membolehkannya? membolehkan mereka betul ke | Demi sudah membawa maksud tujuan, tidak perlu lagi diikuti dengan kata untuk. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama. - Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi membolehkan negara bersaing di peringkat antarabangsa. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
tuan, syarikat itu telah diambil kira oleh sebuah syarikat antarabangsa. (diambil kira wajar digantikan dengan kata apa? tq) | Perkataan yang sesuai ialah ambil alih. (Syarikat itu telah diambil alih oleh sebuah syarikat antarabangsa.) | Istilah | 09.08.2011 |
Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi landasan kapal terbang? Contoh ayat: "Dua buah landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur" atau "Dua batang landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur." | Jika kita menggunakan ungkapan sebatang jalan, maka untuk konsep yang hampir sama, iaitu landasan penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang. | Tatabahasa | 14.11.2012 |
Mohon senaraikan perkataan Bahasa Melayu yang dicantumkan, misalnya antarabangsa. Adakah perkataan warganegara (satu perkataan) atau warga negara (dua perkataan). | Perkataan tersebut ialah kata majmuk yang mantap. Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Adakah "persada" boleh digunakan dalam ayat berikut? Beliau pernah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Terima kasih. | Perkataan persada tidak sesuai digunakan dalam ayat yang tersebut. Perkataan yang betul ialah pada peringkat antarabangsa. | Tatabahasa | 22.02.2012 |
1. Apakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? 2. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? Ayat tanya manakah yang betul ? Mengapa ? 1. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini pada peringkat antarabangsa ? 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa ? kata sendi manakah yang betul di dalam dua ayat di atas ? Segala tunjuk ajar dan pertolongan yang diberikan, saya mengucapkan terima kasih. | 1. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula? Bagaimana berfungsi sebagai kata tanya untuk menanyakan hal, manakala "apa" berfungsi sebagai kata untuk menanyakan nama termasuklah jenis, sifat, dan lain-lain sesuatu (bukan manusia. 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama "pada" berfungsi untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. | Tatabahasa | 18.05.2009 |