Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antaranya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.penggunaan antaranya termasuklah 2. 'antaranya termasuk lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainya.' ayat ini betul atau salah?^^Ayat yang betul ialah antaranya termasuklah ialah lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainyaTatabahasa02.06.2016
Kedai itu menjual pelbagai barang. Antaranya alat-alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain. Soalannya, bolehkah ialah digugurkan selepas antaranya?Kata pemeri "ialah" tidak boleh digugurkan selepas antaranya. Ayat yang betul ialah: Antaranya ialah alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain.Tatabahasa09.05.2012
definisi amanah asas kejayaanMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat amanah antaranya bermaksud 1. sesuatu yang dipercayakan kepada sesorang 2. kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Asas antaranya bermaksud alas, dasar, tapak, sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Kejayaan antaranya bermaksud perihal berjaya,kemenangan,hasil. Oleh yang demikian  ungkapan amanah asas kejayaan bermaksud sesuatu kejayaan dicapai apabila sifat amanah dijdikan asas untuk mencapai kejayaan tersebut.  Makna07.03.2008
Salam, Adakah 'Antaranya', 'Contohnya', 'Akibatnya', 'Sebenarnya' termasuk dalam penanda wacana? Terima kasih.Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.  Kesemua perkataan yang puan kemukakan bukan penanda wacana.Tatabahasa19.08.2014
1. Adakah penggunaan perkataan 'antaranya @ antara' boleh hadir di pangkal ayat? Contoh ayat; Antara langkah-langkah membanteras gejala rasuah adalah..., Antaranya ialah... 2. Adakah penggunaan perkataan 'ia' boleh digunakan untuk merujuk kepada sesuatu tajuk? Contoh ayat; Bergotong-royong merupakan salah satu cara untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Secara tidak langsung, ia akan memastikan kerjasama dalam masyarakat terjalin erat.1. (i) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (ii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah ...  (iii) Kata sendi nama antara  hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. (iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu, jauh perbezaannya. (v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara kita, jauh berbeza.
2. Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.
Tatabahasa23.08.2014
Salam tuan. Sudah lama saya tidak berinteraksi di sini. Saya merupakan seorang pemeriksa kertas UPSR Bahasa Melayu. Apa yang ingin saya tanya di sini ialah mengenai dasar yang dipegang oleh DBP yang ada antaranya berbeza dengan LPM. Antaranya, DBP menyatakan bahawa kata ganti nama 'ia' tidak boleh diguna pakai untuk selain daripada manusia tetapi LPM menyatakan ini adalah betul berdasarkan apa yang terdapat dalam Kamus Dewan. Apabila saya merujuk Kamus Dewan dan membaca kenyataannya, maka pendapat LPM itu sama dengan apa yang terdapat dalam Kamus Dewan iaitu KGN 'ia' boleh diguna untuk objek selain daripada manusia. Dalam satu perkara yang lain pula, mereka di LPM menolak penggunaan 'kita semua', 'kami semua' atau 'mereka semua' dengan alasan kata bilangan yang membawa maksud banyak tidak boleh hadir serentak sedangkan Khidmat nasihat DBP menyatakan betul. Di sinilah kekeliruan yang timbul antara DBP dengan LPM. Mohon nasihat dan pendapat tuan.Kata ganti nama ia boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang.  Frasa kami semua, kita semua, mereka semua, kalian semua boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan walaupun perkataan kami, kita, mereka sudah menunjukkan unsur jamak. Tatabahasa05.12.2009
persembahan tamat atau tamat persembahan, antaranya frasa mana satu yang betul? Kami bertepuk tangan selepas ____. Terima kasih ats penjelasan.persembahan tamat atau tamat persembahan, antaranya frasa mana satu yang betul? Kami bertepuk tangan selepas ____. . Kedua-dua frasa "persembahan tamat atau tamat persembahan" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2017
Salam Ramadan, 1. Bahan-bahan yang terdapat di pameran itu antaranya ialah buku, majalah dan akhbar. 2. Bahan-bahan yang terdapat di pameran itu antaranya buku, majalah dan akhbar. 3. Antara bahan-bahan yang terdapat di pameran itu ialah buku, majalah dan akhbar.Ayat yang gramatis ialah "antara bahan yang terdapat di pameran itu ialah buku, majalah dan akhbar".Tatabahasa02.08.2013
adakah ayat berikut salah? Terdapat beberapa nilai murni dalam petikan antaranya baik hati seperti menolong guru menyusun buku.Ayat yang gramatis ialah "Terdapat beberapa nilai murni dalam petikan antaranya termasuklah baik hati dan ringan tulang". - berikan nilai-nilai murni sahaja, tidak perlu contoh (menolong guru menyusun buku ialah contoh)Tatabahasa04.08.2011
Rangsangan: Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis. Antaranya termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Soalan: Dalam perkataan “antaranya’, -nya merujuk kepada pelbagai medium. Adakah penggunaan -nya ini gramatis?Penggunaan "nya" dalam contoh tersebut tidak gramatis kerana "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sepatutnya ayat tersebut ditulis "Antara medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka."Tatabahasa16.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas