Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar kamu (merujuk kpd seorang perempuan): Munirah, ~ dengarlah dulu cakap ana ni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anti II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH.

Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris,  cth. menangguhkan penyelenggaraan pro-

                                                   jek; iii.  memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar.

Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. 

Tatabahasa07.03.2009

Kembali ke atas