Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.bio.tik] | انتيبيوتيک

Definisi : (Ubat) sj bahan kimia yg dihasilkan oleh mikroorganisma yg boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikro­organisma lain spt bakteria (digunakan dlm rawatan penyakit berjangkit pd manusia, binatang, dan tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.bio.tik] | انتيبيوتيک

Definisi : ist bahan kimia yg dihasilkan oleh mikroorganisma, yg boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma lain, spt bakteria (digunakan utk merawat penyakit berjangkit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antibiotik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang betul untuk “antibiotic resistance” ke dalam istilah bahasa Melayu? Rintangan antibiotik atau kerintangan antibiotik? Terima kasih.Padanan antibiotic resistance dalam bahasa Melayu ketahanan antibiotik. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=antibiotic+resistance&d=69812&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut.Penyemakan dan penterjemahan13.06.2019
Memohon senarai nama antibiotik berikut di dalam bahasa melayu iaitu: (a) Avoparcin (b) Chloramphenicol (c) Nitrofurans: animals (i) Nitrofurantoin (ii) Nitrofurazone (iii)Furazolidone (iv) Furaltadone (d) Teicoplanin (e) Vancomycin (f) Carbadox (g) Olaquindox (g) Colistin (h) Erythromycin (i) Enrofloxacin (j) Tetracycline (k) Ceftiofur (l) Tylosin (m) Fosfomycin mohon kerjasama dari pihak tuan kerana DVS ingin membuat pindaan peraturan dan ingin memastikan sama ada nama antibiotik berikut ada diterjemah ke bahasa melayuPadanan bahasa Melayu bagi istilah chloramphenicol ialah kloramfenikol, nitrofuran ialah nitrofuran, nitrofurantoin ialah nitrofurantoin, nitrofurazone ialah nitrofurazon, furazolidone ialah furazolidon, vancomycin ialah vankomisin, colistin ialah kolistin, erythromycin ialah eritromisin, tetracycline ialah tetrasiklina dan tylosin ialah tilosin, manakala cadangan istilah bahasa Melayu bagi istilah furaltadone ialah furaltadon, teicoplanin ialah teikoplanin, carbadox ialah carbadoks, olaquindox ialah olakuindoks, avoparcin ialah avoparcin, enrofloxacin ialah enrofloksasin, ceftiofur ialah seftiofur dan fosfomycin ialah fosfomisin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.



























Istilah06.09.2022

Kembali ke atas