Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.tun] | انتون

Definisi : sl anggun, kacak; orang ~ pesolek; berantun berhias, bersolek: sedikit bekerja, banyak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk "sexual grooming" dalam bahasa melayu?Terjemahan sexual grooming ialah antun seksual yang bermaksud aktiviti jenayah yang menjadikan kanak-kanak sebagai rakan, khususnya melalui Internet dengan tujuan untuk memujuk mereka supaya menjalinkan hubungan seksual.Istilah19.02.2018
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan Bahasa Malaysia untuk perkataan 'Cyber Grooming'.Padanan satu-satu istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam bidang khusus.  Soalan anda tidak menyatakan konteks penggunaan istilah ‘cyber grooming’ dan bidang apa.  Dalam data kami, ‘child grooming’ dalam bidang undang-undang, diberikan padanan  ‘antun seksual kanak-kanak’ , yang bermaksud  aktiviti jenayah yang menjadikan kanak-kanak sebagai rakan, khususnya melalui Internet dengan tujuan untuk memujuk mereka supaya menjalinkan hubungan seksual. Maka untuk ‘cyber grooming’ kami mencadangkan antun seksual siber’.Istilah23.08.2017

Kembali ke atas