Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa.a.pa] | اڤ ٢

Definisi : pengganti sesuatu yg kurang terang; barang sesuatu; sesuatu: ~ yg ada di situ sudah diambilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa-apa

Puisi
 

Apa sebab bulan tak terang,
     Bulan pega di Tanjung Batik;
Apa sebab apa tak datang,
     Abang pegang muda yang cantik.


Lihat selanjutnya...(293)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(80)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih.1. Bagi ayat yang menunjukan BENDA tak tentu, tuan/puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan, iaitu "apa-apa" atau "mana-mana".
2. (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")- contoh yang tuan/puan berikan ini betul dan juga selain itu, penggunaan kata ganti nama diri tanya  "mana" atau mana-mana juga boleh merujuk benda atau orang. Cth ayat: Pilihlah apa-apa/mana-mana kuih yang kamu suka. Kedua-dua kata ini boleh digunakan. 
3.Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; Oleh itu, perkataan sebarang boleh menggantikan penggunaan kata apa-apa dan juga mana-mana mengikut kesesuaian konteks ayat. Cth. ayat: Ambillah sebarang buku yang kamu suka  - ayat ini boleh digantikan dengan; Ambillah apa-apa/mana-mana buku yang kamu suka.
Makna06.11.2018
Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? (Saya amat keliru bila "sebarang" harus digunakan sedangkan kata tak tentu lain boleh digunakan) Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih.Kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:
  • apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

  • mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

Tatabahasa14.11.2018
Tuan, Frasa mana yang betul? a) apa-apa perubahan kemudiannya yang lain atau b) apa-apa perubahan lain kemudiannya. Terima kasihFrasa yang boleh digunakan ialah "apa-apa perubahan yang lain".Tatabahasa23.12.2013
Yang manakah lebih tepat and sesuai? Saya tak tahu apa-apa. Saya apa-apa pun tak tahu.Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan secara betul kerana kedua-duanya mempunyai makna yang berbeza.Tatabahasa30.05.2019
Dalam ayat-ayat di bawah, kata sendi nama "kepada" atau "terhadap" lebih sesuai dan tepat untuk digunakan? 1. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap / kepada apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 2. Kita mestilah berterima kasih terhadap / kepada apa-apa bantuan yang telah diterima. 3. Dia berasa kurang senang terhadap / kepada saya. Adakah ayat-ayat ini menekankan sasaran abstrak seperti "apa-apa sahaja yang kita nikmati"dan "apa-apa bantuan" yang perlu menggunakan kata sendi nama "kepada" di hadapan objek-objek abstrak tersebut? Selain itu, dalam soalan nombor 3, adakah kedua-dua kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" membawa makna yang sama, iaitu menunjukkan sasaran yang konkrit, seperti manusia?1. Kita haruslah sentiasa bersyukur atas apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
2. Kita mestilah berterima kasih atas apa-apa bantuan yang telah diterima.
3. Dia berasa kurang senang kepada/terhadap saya.
Kata sendi nama kepada atau terhadap tidak gramatis dalam ayat 1 dan 2, kami mencadangkan penggunaan kata tugas "atas" yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai arah seperto perkara, bahasa, peristiwa, bidang dan sebagainya.
Tatabahasa08.08.2014
a) Anak tidak dapat melakukan apa-apa melainkan apa yang dia lihat bapa lakukan. b) Anak tidak dapat melakukan apa-apa melainkan apa yang dilihatnya yang dilakukan bapa. Ayat mana satukah yang betul dan gramatis? Sila jelaskan.Kedua-dua ayat tidak gramatis. untuk makluman tuan, kata tanya "apa" digunakan dalam ayat tanya, dan tidak digunakan dalam ayat penyata.Tatabahasa05.09.2014
'kita perlu berhenti daripada melakukan apa-apa pekerjaan kita lantas berdiri tegak tatkala ladu'Negaraku ' dinyanyikan. ayat ini betul tak? terima kasihKita perlu berhenti daripada melakukan apa-apa pekerjaan lantas berdiri tegak tatkala lagu Negaraku dinyanyikan.Tatabahasa06.07.2012
Salam sejahtera, adakah frasa "tidak mempunyai apa-apa lagi" dikira salah dari segi tatabahasa? Sekian, terima kasih.Untuk makluman saudara, frasa "tidak mempunyai apa-apa lagi" adalah betul dari segi tatabahasanya. Tatabahasa17.03.2020
Salam sejahtera Khidmat Nasihat DBP, Saya ingin mengetahui sebab ayat berikut tidak gramatis menurut sesetengah pihak. 1. Apa-apa yang diperkatakannya tentang rakannya adalah benar. Sekian. Terima kasih Ali BaniAyat apa-apa yang diperkatakannya tentang rakannya adalah benar ialah ayat yang gramatis.Tatabahasa06.08.2012
Muzammil Rahim Aug 12th, 6:35am salam Pertanyaan saya begini, kata ganti diri tanya tak tentu (apa-apa/mana-mana) yang mana paling tepat untuk ayat berikut? Pilihlah ____________ kuih yang kamu suka. Harap pihak DBP dapat membanPilihlah apa-apa/mana-mana kuih yang kamu suka. Kedua-dua kata itu boleh digunakan dalam konteks ayat tersebutTatabahasa12.08.2015
12345678910...

Kembali ke atas