Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/puan Saya ingin bertanya tentang beberapa perubahan dalam perkataan seperti memastikan (mempastikan), memaparkan (mempaparkan), memantau (mempantau) dan lain-lain. Adakah ini benar dan apakah perkataan -perkataan lain yang turut berubah dan apakah tujuannya. Terima Kasih | Dalam bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s akan digugurkan huruf pertama apabila menerima awalan meN- seperti yang berikut: m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi . Oleh itu, pasti menjadi memastikan, papar = memaparkan, pantau = memantau. Contoh lain: pesan =memesan, pukul = memukul, tari = menari, karang=mengarang, salin = menyalin. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 152. | Tatabahasa | 24.07.2009 |