Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.par.téid] | اڤرتيئيد

Definisi : (apartéid) dasar membezakan warna kulit (biasanya antara kulit putih dgn kulit hitam), dasar diskriminasi terhadap orang berkulit hitam (di Afrika Selatan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.par.téid] | اڤرتيئيد

Definisi : /apartéid/ polisi sesebuah negara yg membeza-bezakan rakyatnya berdasarkan perbezaan kaum, warna kulit dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aparteid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai kaedah pengejaan diftong [ei] (taling) dalam tulisan Jawi yang digunakan oleh DBP. Berdasarkan penelitian saya, terdapat ketidakseragaman dalam pengejaan diftong [ei] dengan sekurang-kurangnya empat cara berbeza: # 1. Ya sahaja: - kaleidoskop: کاليدوسکوڤ - kempeitai: کيمڤيتاي - gay: ݢي (KDP 2020) # 2. Ya + Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - gay: ݢيئي (PRPM terkini) - aparteid: اڤرتيئيد - teisme: تيئيسمى # 3. Ya + Ya: - kafein: کافيين - esei: ايسيي # 4. Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - Kei: کئي Justeru, saya ingin mengetahui **apakah kaedah atau prinsip yang digunakan pihak DBP untuk menentukan cara pengejaan yang sesuai bagi setiap perkataan yang mengandungi diftong [ei]?** Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera tuan/puan. Secara asasnya, bunyi [ei] tidak tergolong sebagai diftong bahasa Melayu. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, huruf diftong terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu:

[ai], [au], dan [oi]

Bunyi [ei] merupakan gabungan vokal yang lazimnya muncul dalam kata pinjaman, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Oleh itu, kaedah pengejaannya dalam tulisan Jawi tidak tertakluk kepada pola diftong bahasa Melayu dalam tulisan Rumi. Bagi tujuan penyeragaman ejaan gabungan vokal [ei], huruf ي digunakan sebagaimana yang terdapat dalam beberapa contoh ejaan dalam KDP 2020 yang tuan/puan nyatakan. Pada masa yang sama, DBP sedang giat mengemas kini dan menyeragamkan ejaan Jawi, termasuk membetulkan bentuk ejaan yang dikenal pasti mempunyai kesilapan teknikal.

Ejaan11.08.2025

Kembali ke atas