Adakah perkataan berikut boleh digunakan dalam bahasa Melayu ? 1. adapun 2. apa nama 3. ianya 4. apatah 5. adanya | Perkataan adapun, apatah dan adanya banyak digunakan dalam wacana, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat makna perkataan tersebut. | Tatabahasa | 25.11.2011 |
saya nak tanya macam mana nak membetulkan ayat -ayat tersebut ? 1) Apatah daya, aku hanya berpendapatan kecil. 2) bilakah lagi majlis itu hendak diadakan kalau bukan semasa cuti sekolah. terima kasih atas tunjuk ajar | 'Apatah daya, aku hanya berpendapatan kecil' dan 'Bilakah lagi majlis itu hendak diadakan kalau bukan semasa cuti sekolah', kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
Mana satu yang betul : a) Apatah daya saya b) Apalah daya saya c) Apakan daya saya d) Bilatah/Bilalah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. Apa perbezaan penggunaan kata penegas berikut -lah, -tah, dan -kan. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Berikut penggunaan yang betul. a) Apatah daya saya d) Bilakah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu? | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Apakah kesalahan ayat-ayat yang berikut? 1. Diakah yang melukis mural yang cantik itu? 2. Apatah nasib keluarga Mukhsin. 3. Jika Farid pergi ke Melaka, adiknya pun ingin ikut sama. 4. Duit simpanan saya lagi tinggal RM200. | Ayat pertama dan kedua betul. Berikut ayat yang betul setelah dipinda bagi ayat kedua dan keempat. 1. Apatah nasib keluarga Muksin? 2. Duit simpanan saya tinggal lagi RM200. | Tatabahasa | 10.07.2013 |
Salam. Ayat yang mana satu adalah betul. a. Apalah yang difikirkan oleh Ahmad itu. b. Diakah yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan olahraga semalam? | Ayat yang gramatis ialah: a. Apatah yang difikirkan oleh Ahmad? b. Diakah yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan olahraga semalam? | Tatabahasa | 30.04.2013 |
KAVER?? | Perkataan kaver tidak wujud dalam bahasa Melayu. Berdasarkan maklumat yang diberikan penggunaan perkataan kaver terhad dalam kelompok tersebut. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya kita bersama-sama menggunakan bahasa yang betul apatah lagi dalam paparan yang boleh dilihat oleh orang ramai. | Lain-lain | 29.10.2012 |
Benarkah tatabahasa bahasa Melayu boleh diabaikan dalam penulisan lirik lagu dan puisi ? Berdasarkan pemerhatian saya, banyak pantun, syair dan gurindam lama yang salah tatabahasa. Begitu juga sajak-sajak daripada penulis mapan yang jelas salah penggunaan tatabahasa. Apatah lagi lirik lagu masa kini yang mengabaikan terus kesantunan bertatabahasa. | DBP ada menerbitkan sebuah buku "Memahami Gaya Bahasa" oleh Rahman Shaari. Dalam buku tersebut penulisnya ada membincangkan tentang 'Hubungan Tatabahasa dengan Puisi' dan tentang 'Licentia Poetica'. Buku terbitan tahun 1993 boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP Kuala Lumpur atau Wilayah dan Cawangan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.11.2009 |
apakah penjodoh bilangan bagi bunga telur dan bunga manggar? | Tidak semua kata nama memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan bagi bunga telur, apatah lagi pada masa kini bunga telur boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Lazimnya bunga telur disebut/dikira dalam bentuk unit. | Tatabahasa | 09.05.2011 |
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang dan nama binatang tersebut perlu diulang setiap kali ia disebut, bukankah ia mendatangkan masalah lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja dalam bidang pembuatan sari kata. Kami mempunyai ruang dan masa yang terhad untuk menterjemah, apatah lagi jika nama binatang itu panjang. Tidakkah ada cara lain untuk memberi kata ganti nama kepada binatang? | Kami memahami situasi yang saudara hadapi. Walau bagaimanapun hal ini tidak dapat dielakkan dan pengulangan nama binatang perlu dilakukan setiap kali merujuk binatang berkenaan. Dan kami mencadangkan penggunaan ayat majmuk campuran bagi membantu saudara mengurangkan/meminimumkan pengulangan nama binatang. | Tatabahasa | 30.03.2011 |
Calon yang dilantik kedalam perkhidmatan awan perlu pengeluaran surat pengesahan dalam lantikan setelah berjaya. Adakah boleh Surat Pengesahan Pelantikan tidak perlu di tandatangani oleh mana-mana pegawai hanya sekadar perkataan cetakan berkomputer. Adakah istilah Pengesahan tersebut valid. | Lazimnya sebarang surat rasmi apatah lagi yang melibatkan pelantikan atau pengesahan jawatan memerlukan surat pelantikan khusus yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk tujuan perekodan. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak pentadbiran dalam hal ehwal perjawatan di organisasi puan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 29.01.2010 |