bolehkah Puan/cik/Encik menerangakn lebih pendalam tentang asimilasi dan adaptasi dari aspek bahasa melayu dlm pelbagai kaum di Malaysia. bole berikan contoh bersama bagi memudahkan sy utuk lebih memahami | Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab, Nusantara dan juga bahasa daripada pelbagai kaum di Malaysia. Usaha ini dilakukan antaranya untuk mengambarkan situasi baru yang memerlukan satu panggilan/istilah khusus merujuk kepadanya, contohnya; dari bahasa Cina (apek, angpau, camca) dan India (muruku). Proses ini secara tidak langsung memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah/kertas kerja yang membincangkan khusus tajuk-tajuk tersebut. | Lain-lain | 18.02.2009 |