Maksud peribahasa berikut dan ayat yang sesuai: i. Kalau ada asap tentu ada api ii.Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga iii.Seperti harimau menyembunyikan kukunya | i. Peribahasa kalau ada asap tentu ada api bermaksud tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya. ii. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga bermaksud bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik. iii. Seperti harimau menyembunyikan kukunya bermaksud orang yang menyembunyikan kelebihannya. | Lain-lain | 08.08.2011 |
1. meniup api lilin Adakah frasa ini betul? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen Yang mana satu lebih gramatis dari segi tatabahasa? | Ayat yang gramatis ialah: i) menonton rancangan televisyen ii) meniup api lilin | Tatabahasa | 23.01.2018 |
bagaimanakah penggunaan huruf besar bagi : (i) cth : mak cik siti ( adakah Mak cik Siti atau Mak Cik Siti ?) (ii) Bolehkan saya mendapat set penggunaan kata majmuk seperti : tengahari atau tengah hari keretapi atau kerata api terima kasih | Ejaan yang betul ialah: mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas). Kata majmuk (dalam bentuk tunggal) dieja dua perkataan kecuali ada beberapa perkataan yang telah mantap dan diseja sebagai satu perkataan, antaranya: suruhanjaya, warganegara, olahraga, kerjasama, tandatangan, matahari, setiausaha, antarabangsa, jawatankuasa, kakitangan, pesuruhjaya, tanggungjawab, bumiputera, kerjasama dan beritahu. | Tatabahasa | 16.01.2010 |
bagaimanakah menggunakan istilah 'rasa' dan ' berasa' dengan betul dalam pembinaan ayat? | Mengikut Kamus Dewan, kata “rasa” mempunyai makna (i) perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh, contohnya rasa manis, tawar, masam, masin. Contoh ayat: Rasa badanku seperti dibakar dengan api. Makna (ii) tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa. Contohnya: gula manis rasanya . Makna (iii) rasa hati keadaan hati terhadap sesuatu: rasa sedih (kecewa, pilu, senang). Makna (iv) anggapan tentang baik buruk (salah benar) pendapat, fikiran: rasa adil dan saksama; pada rasa saya. Kata “berasa” pula bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit. Contoh ayat: Kakinya berasa sengal. (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ;Contoh ayat: Kerana banyak sangat garam, masakan itu berasa sangat masin; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka, marah, geram. Contoh ayat: orang Melayu lekas berasa tersinggung. | Makna | 14.03.2014 |
Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasih | Setakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi. Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh: siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. Kamus Dewan Edisi Keempat lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati. Kamus Dewan Edisi Keempat mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; maddah. Kamus Dewan Edisi Keempat lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II. Kamus Dewan Edisi Keempat gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll. Kamus Pelajar Edisi Kedua lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulangulang, bunyi berdentang-dentang. Kamus Dewan Edisi Keempat uak II bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu. Kamus Dewan Edisi Keempat rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak. Kamus Dewan Edisi Keempat siul = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). Kamus Pelajar Edisi Kedua lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal. Kamus Dewan Edisi Keempat | Lain-lain | 09.05.2014 |
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan kepastian tentang ayat berikut: Sila pindahkan fail ini daripada telefon kepada komputer anda. | Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh: Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini. Pasangan kata sendi yang betul ialah: i. daripada dengan kepada contoh ayat: Tempoh masa untuk permohonan telah dikurangkan daripada 10 hari kepada 7 hari bekerja. ii. dari dengan ke contoh ayat: Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: i. Sila pindahkan fail ini daripada telefon kepada komputer anda. | Tatabahasa | 04.02.2020 |