Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. take esp without permission, mencedok, mengambil: he ~d his assistant’s ideas and published them as his own, dia mencedok gagasan-gagasan pembantunya dan menerbitkannya sbg gagasannya sendiri; 2. put aside, assign, menguntukkan, memperuntukkan, mengasingkan: huge sums were ~d for defence purposes, jumlah wang yg besar diperuntukkan bagi tujuan pertahanan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : e. (of amount charged, fine, etc) berpatutan: to charge so. the ~ amount, mengenakan bayaran yg berpatutan kpd sso; f. (of specif place) berkenaan: each letter should be placed in the ~ files, setiap surat hendaklah dimasukkan ke dlm fail yg berkenaan; ~ boxes, kotak-kotak yg berkenaan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj suitable, fitting, a. (gen) sesuai: a speech ~ to the occasion, ucapan yg sesuai utk majlis itu; such a remark is scarcely ~ in the present circumstances, kata-kata spt itu tdk sesuai dlm keadaan sekarang ini; clothes ~ to the climate, pakaian yg sesuai dgn iklim; b. (of action, measure, step, etc) sesuai, sewajarnya, wajar: to take ~ action, mengambil tindakan yg sewajarnya; c. (of remuneration) sesuai, sepadan, berpadanan, berpatutan: a salary ~ to an office, gaji yg berpadanan dgn jawatan; d. (of punishment, retribution, etc) sesuai, sewajarnya, wajar: to choose an ~ punishment for the offence, memilih hukuman yg sesuai bagi kesalahan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata appropriate


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
What is the appropriate translation for the statements below: 1. Store in a 15-25 °C air-conditioned room to maintain freshness. 2. Store unopened bottle in a cool, dark, dry place (15-25 °C air conditioning) in upright position. 3. Do not drink directly from the bottle.

Cadangan terjemahan ialah:

1.      Simpan di dalam bilik berpenyaman udara pada suhu 15 – 25OC untuk mengekalkan kesegaran.

2.      Simpan botol belum dibuka dalam kedudukan tegak di tempat yang dingin, gelap dan kering (berpenyaman udara pada suhu 15 – 25OC.

3.
Jangan minum terus dari botol.

Penyemakan dan penterjemahan24.07.2017
Terima kasih diatas jawapan kepada pertanyaan saya pagi tadi. Soalan saya seterusnya, adakah panggilan 'tuan' sesuai digunakan didalam email sesama rakan sekerja? (whether appropriate to address office colleague as tuan)Tuan, biasanya digunakan dalam suasana yang rasmi dan jika dalam e-mel sesama rakan sekerja (yang sama jawatan atau lebih rendah) kata sapaan "saudara" lebih sesuai digunakan sekalipun rakan itu lelaki ataupun wanita.Lain-lain02.07.2009
Assalamualaikum. 1) Yang manakah terjemahan tepat untuk "biomarker" (An indicator in your body that is used to identify diseases or whether a treatment may be appropriate): biopenanda, penanda biologi? 2) Apakah padanan untuk "tagged" dalam konteks berikut: "A PET scan uses specially tagged (radioactive) materials that are injected into your body and using a special scanner that can highlight specific parts of your body." 3) Apakah padanan tepat untuk istilah "double-blind study"? Contohnya, dlm kajian "double-blind", kedua-dua pesakit dan doktor tidak mengetahui kumpulan mana pesakit itu dikelaskan. Setiap kumpulan akan menerima rawatan yang berbeza untuk penyakit yang sama. Mengikut carian saya di prpm, saya dapati istilah-istilah berikut pernah diberikan sebelum ini utk "double-blind": 1. dubel-buta 2. dwibuta 3. buta duaan 4. gelap ganda Mohon pihak tuan perjelaskan yang mana yang paling tepat. Dan juga, dari manakah datangnya istilah "dubel" itu? Dan mengapa ia dieja bersempang, padahal penggunaan sempang dalam B. Melayu begitu jarang sekali dan amat spesifik, iaitu hanya utk kata jamak dan kata awalan yang diikuti dengan kata nama khas saja. Terima kasih atas pencerahan.Kami mencadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu yang dinyatakan di bawah digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan:

1. biomarker: biopenanda
2. tagged: bertanda
3. double blind study: kajian dubel-buta atau kajian gelap ganda. Manakala, dwibuta dan buta duaan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dan bidang

Mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, akhiran -le dipadankan dengan -el. Oleh itu, perkataan double menjadi dubel. Perkataan dubel-buta dieja sempang kerana mengikut bentuk istilah bahasa sumber.

Istilah16.04.2021
Assalamuaikum, Saya sedang dalam usaha untuk menterjamah GUIDELINES ON GOOD MANUFACTURING PRACTICE FOR TRADITIONAL MEDICINES AND HEALTH SUPPLEMENTS, 1st Edition 2008. Mohon pandangan untuk menterjemah perkataan-perkataan berikut: a) line -clearance contoh: line-clearance should be performed according to an appropriate checklist b) seals contoh: packaging of a traditional medicine or health supplement, such as ...seals, binding materials, adhesives and tapes c) off-line contoh: Special care should be taken when using cut-labels and when overprinting is carried out off-lineCadangan terjemahan kami:
a) line-clearance = garis pembersihan (jika bersesuaian dengan kosep penggunaannya)
b) seals = kedap 
c) off-line = luar talian
Penyemakan dan penterjemahan01.04.2015
Baiki lokasi pavemen konkrit yang menghadapi kemerosotan kualiti dan kecacatan bagi keluasan melebihi 0.25 m2 , kaedah selain di atas tidak dianggap sesuai. Treat affected area as necessary when area of deterioration is more than 0.25 sq.m and other specific treatment detailed above are not considered appropriate.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
Salam, boleh saya tahu istilah Melayu, atau apa2 dialek Melayu untuk ; "bitter attitude/sour personality" & "belligerent"Menurut Kamus Bhasa Inggeris-Melayu Dewan, maksud belligerent ialah negara, pihak, orang [as appropriate]/ yang sedang berperang. Manakala untuk terjemahan bitter attitude/sour personality, sila berikan dengan contoh ayat supaya kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai dengan konteks ayat.Makna19.06.2020

Kembali ke atas